ARKIB

KATEGORI

Buletin

‘Raya Bergaya Bersama Goodyear’: Beli tayar terpilih, dapat payung eksklusif dan waranti setahun!

Berita Tempatan

Views

Ketibaan Syawal kian terasa. Sudah pasti ramai yang akan mengambil peluang ‘cuti panjang’ ini untuk pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut Hari Raya bersama keluarga dan sanak-saudara tercinta.

Pelbagai persiapan kini giat dilakukan seperti menyediakan pakaian baharu, kuih raya dan banyak lagi. Selaku pengedar jenama tayar premium, Goodyear Malaysia turut mengambil kesempatan ini untuk mendorong rakyat Malaysia membeli ‘kasut baharu’ buat kenderaan mereka.

Ini bagi memastikan tayar tersebut masih selamat digunakan di musim perayaan nanti. Sempena meraikan musim perayaan ini, kempen Raya Bergaya Bersama Goodyear akan berlangsung mulai sekarang sehingga 31 Mei 2023.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Mereka yang membeli sama ada empat unit tayar 16-inci dan 17-inci atau dua unit tayar 18-inci dan ke atas akan menerima sekaki payung eksklusif Goodyear, sementara stok masih ada. Bukan itu sahaja, mereka juga layak mendaftar untuk program waranti ‘Worry Free Assurance‘.

Waranti ini menawarkan 1 tahun jaminan ‘Road Hazard’ yang melindungi pengguna daripada kerosakan tayar yang disebabkan oleh keadaan jalan raya yang tidak menentu.

Ini merangkumi dua kali pemeriksaan keselamatan tayar percuma dan 5 tahun waranti untuk sebarang ketidaksempurnaan pembuatan pada tayar yang baharu dibeli!

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Berikut tiga langkah mudah untuk menyertainya:

  • Langkah 1: Beli empat unit tayar 16-unit dan 17-unit atau dua biji tayar 18-unit dan ke atas daripada kedai-kedai Goodyear yang mengambil bahagian.
  • Langkah 2: Dapatkan Payung Goodyear* eksklusif di kedai-kedai Goodyear yang mengambil bahagian.
  • Langkah 3: Layari laman web Goodyear Malaysia dan daftar untuk Worry Free Assurance dengan mengisi butiran, memuat naik resit dan pilih kedai di mana anda membuat pembelian.

Pengarah Urusan Goodyear Malaysia, Alex Ng berkata, pihaknya mahu menerapkan tabiat pemanduan selamat di kalangan rakyat Malaysia kerana keselamatan di jalan raya merupakan keutamaan semua.

Goodyear turut menegaskan kepentingan keselamatan tayar dan pemilihan tayar yang berkualiti dengan teknologi inovatif untuk pemanduan yang tenang dan selamat.

Terutamanya dengan cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.goodyear.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply