ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ahmad Amirul muncul ‘wakil Pantai Timur’ ke Shell FuelSave 95 Challenge 2023 Grand Finale!

Berita Tempatan

Views

Semalam berlangsungnya Shell FuelSave 95 Challenge 2023 bagi Peringkat Pantai Timur untuk mencari ‘wakil dari wilayah tersebut’ untuk ke Grand Finale peringkat kebangsaan.

Ahmad Amirul Runass, 31 tahun, dari Balok, Kuantan muncul sebagai pemandu paling ‘jimat-minyak’ dengan catatan penggunaan bahan api 27.80 km/l dengan menggunakan Shell FuelSave 95 yang diperbaharui.

Beliau telah menewaskan empat lagi peserta yang turut menyertai cabaran pemanduan sejauh 120 km itu. Cabaran ini bermula sejak 6 April lalu menerusi sesi pemilihan daripada 172 permohonan di stesen Shell Kuantan Pekan.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Hanya lima peserta sahaja yang layak ke peringkat seterusnya dan menyertai cabaran pemanduan yang bermula di Shell Kuantan Pekan melalui Jalan Pekan Kuantan ke Jalan Tok Tuan ke Lebuhraya Segamat-Kuantan ke Jalan Gambang dan kemudiannya kembali semula ke tempat permulaan.

Dengan kemenangan ini, Ahmad Amirul telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 seterusnya layak ke Grand Finale peringkat kebangsaan untuk merebut hadiah utama, iaitu wang tunai berjumlah RM 20,000!

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Para pemenang lain turut menerima hadiah saguhati berupa Baucar Minyak berjumlah RM500 dan minyak pelincir Shell Helix FuelSave 4L.

Minggu sebelumnya, Chin Li Qin, 26 tahun, dari Johor dan Muhammad Jazli, 29 tahun, dari Ipoh telah dinobatkan sebagai pemenang peringkat wilayah dengan catatan masing-masing 25.45 km/l dan 22.58 km/l.

Peringkat seterusnya akan berlangsung di Timur Malaysia, di Shell Jalan Tun Jugah Kuching dan pada 16 April 2023 di Shell SM Alisha bagi wilayah Tengah. Untuk maklumat lanjut layari www.shell.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply