ARKIB

KATEGORI

Buletin

Regas Premium Auto pamer jentera klasik BMW 700 Coupé

Berita Tempatan

Views

Ini berita baik buat peminat kereta klasik. Bermula hari ini, Regas Premium Auto akan mula mempamerkan jentera ikonik, BMW 700 Coupé sempena perasmian pusat pengedaran perdananya yang terletak di Kuching, Sarawak.

Prinsipal pengedar di Regas Premium Auto Kuching, Gavin Tay berkata, pihaknya amat teruja kerana dapat mempamerkan model ikonik ini di premis mereka.

BMW 700 Coupé merupakan jentera BMW yang pertama menampilkan struktur monocoque dan ia telah membantu BMW keluar daripada kancah kemuflisan pada tahun 1959.

Malah, model ini juga telah membina sebuah legasi dalam dunia automotif bagi kenderaan kecil, sporty dan bertaraf premium yang masih digemari oleh ramai peminat BMW, meskipun lima dekad sudah berlalu sejak keluaran terakhirnya.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Ia merupakan legasi Wolfgang Denzel, iaitu seorang jurutera automotif dan wakil pengedar bagi jenama ini di Austria. Denzel telah bekerjasama dengan pereka berbangsa Itali, Giovanni Michelotti untuk menggubah konsep kenderaan tersebut berdasarkan casis jentera BMW 600 pada waktu itu.

Berbekalkan casis dan suspensi BMW 600 yang telah mantap penggunaannya, termasuk transmisi empat kelajuan ‘all-synchromesh’, pembezaan gear serong, unit kuasa berkembar yang pada asalnya digunakan pada motosikal BMW, kemudian telah ditingkatkan saiznya daripada 600 cc kepada 700 cc.

Model konsep ini telah diluluskan pada Oktober 1958 dan ia telah menjurus kepada pengeluaran varian Coupé dan Sedan oleh BMW.

Pada 9 Jun 1959, Lembaga Pengurusan BMW yang dipimpin oleh Ketua Eksekutif Dr. Heinrich Richter-Brohm telah merungkaikan BMW 700 Coupé yang baharu kepada orang ramai di Feldafing, Munich.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Ketibaannya telah diraikan di serata dunia kerana ia mampu mengekalkan tahap kelajuan dan pecutan yang tertinggi seperti model yang terdahulu, malah ia juga mampu melakukannya dengan ruang yang lebih besar tanpa berat berlebihan.

BMW telah berjaya menyerahkan lebih daripada 35,000 kenderaan pada tahun 1960, dan BMW 700 mencakupi 58 peratus daripada seluruh pendapatan jenama ini. Penyerahan jentera ini telah mencecah 190,000 unit menjelang akhir tahun 1965.

Meskipun hanya dikeluarkan selama enam tahun, jentera yang jarang ditemui dan unik ini memperoleh status ikonik yang berkekalan dalam sejarah BMW Group dan ia masih menambat hati ramai peminat BMW sehingga ke hari ini.

BMW 700 Coupé kini sedia untuk ditatap oleh umum, secara eksklusif di seksyen Heritage oleh Regas Premium Auto. Layari https://www.bmw-regas.com.my atau hubungi 082-467 777 untuk mendapati butiran mengenai waktu kunjungan bagi seksyen Heritage ini dan membuat janji temu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply