ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rempuh enam kenderaan di Lebuhraya Bukit Jalil, pemandu Lexus positif ganja

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun yang melanggar enam kenderaan sebelum kereta yang dipandunya terbalik di Lebuhraya Bukit Jalil, Sabtu lalu ditahan kerana memandu di bawah pengaruh dadah.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi berhampiran Bulatan Lumba Kuda itu, suspek yang memandu kenderaan Lexus itu hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar enam kenderaan lain yang sedang berhenti di lorong kiri dan kanan jalan bagi menunggu lampu isyarat hijau.

Jelas beliau, kemalangan itu bagaimanapun hanya menyebabkan kerosakan kenderaan yang terbabit dan tidak membabitkan sebarang kecederaan.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Beliau berkata suspek dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dan ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis ganja dan ditahan bagi siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya.

Tambah beliau, jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda tidak lebih RM15,000 atau kedua-duanya. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply