Ini berita terbaharu yang kami terima dari ejen perisik Mat Bond mengenai perkembangan mutakhir model crossover MPV sulung Proton, iaitu X90 (VX11).
Menurut Mat Bond, X90 (VX11) kini berada pada fasa pra-pengeluaran yang mengambil masa kira-kira sebulan. Kemudian ia dijangka beralih ke fasa pengeluaran besar-besaran sebelum Hari Raya Aidilfitri (bulan April).
Mat Bond berkata, pelancaran X90 (VX11) dijadualkan sekitar bulan Mei atau Jun 2023, bertempat di Tanjung Malim. Besar kemungkinan, majlis pelancaran X90 (VX11) akan disempurnakan oleh Perdana Menteri kesepuluh, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
Proton menyasarkan pengeluaran kira-kira 1,500 unit sebulan untuk X90 (VX11) dan anggaran tanda harganya dijangka akan mencecah RM100k bergantung kepada varian. Difahamkan, harganya mungkin lebih rendah berbanding X70.
Seperti yang telah kita ketahui sebelum ini, X90 (VX11) akan ditawarkan dengan empat pilihan varian, iaitu Standard, Executive, Premium dan Flagship.
Ada enam pilihan warna yang bakal ditawarkan iaitu Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Cinnamon Brown, Space Grey dan termasuk warna baharu, Deep Marine Blue.
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)
Kesemuanya akan dikuasakan oleh enjin 1.5TGDi (1.5 TD) yang telah menerima penalaan semula dan dikatakan mampu menjana 190 kuasa kuda dan 300Nm daya kilas. Enjin ini digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan DwiCekam (7-DCT).
X90 (VX11) versi Malaysia juga akan menggunakan suspensi jenis berbilang pautan (multi-link) di belakang, tidak seperti Okavango di Filipina yang hanya menggunakan jenis rasuk kilasan (torsion beam).
Ada kemungkinan X90 (VX11) akan ditawarkan dengan dua pilihan konfigurasi tempat duduk, iaitu tujuh tempat-duduk dan juga enam tempat-duduk (Captain Seat). Selain itu X90 (VX11) akan menampilkan evolusi jeriji Infinite Weave serba baharu.
2023 boleh dikatakan tahun yang agak sibuk buat Proton kerana mereka akan memperkenalkan satu lagi model baharu iaitu sedan S50 (SS11) serta dua model yang akan dikemaskini (MC), X70 MC2 dan X50 MC1.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto hiasan, kredit The Ajerul
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
KOMEN TERKINI