ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perintah Kawalan Pergerakan – Lebuhraya kendalian PLUS masih beroperasi

Berita Tempatan

Views

Bernama melaporkan, semua lebuh raya di bawah kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS), tetap beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dari 18 Mac hingga 31 Mac ini, memandangkan ia adalah laluan kritikal dalam negara.

JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh PLUS hari ini, perkhidmatan kritikal lebuh raya seperti PLUSRonda dan talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 juga beroperasi 24 jam sepanjang tempoh itu. PLUS juga menyatakan sebarang saringan, sekatan jalan dan lencongan di laluan menghala ke lebuh raya, adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980

Sehubungan itu, PLUS menggesa orang ramai supaya menghubungi Bilik Gerakan PDRM di talian 03-2266 3356, untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai saringan, sekatan jalan atau lencongan jalan dalam tempoh tersebut.

PLUS turut mengingatkan semua pelanggan supaya sentiasa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan kerajaan dan terus berada di rumah, bagi membendung penularan COVID-19 demi keselamatan diri dan keluarga.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital
JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply