ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rentaka – HMAV 4×4 kedua buatan Malaysia, saiz lebih kecil dari Tarantula

Berita Tempatan

Views

Rentaka adalah nama diberi oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk kenderaan berperisai mobiliti tinggi empat roda (HMAV 4×4) yang dikeluarkan Mildef International Technologies Sdn Bhd (Mildef).

Menurut Berita Harian, ia kenderaan HMAV 4×4 kedua negara selepas Tarantula dilancarkan tahun lalu yang berupaya digunakan pihak keselamatan khususnya ketika rusuhan selain mampu berperanan sebagai kenderaan penting ketika kecemasan.

Ketua Perolehan Mildef, Mohd Ruhaizat Mohd Din, berkata kenderaan itu berpotensi untuk dijadikan sebagai kenderaan penting agensi penguatkuasaan negara kerana kemampuan dan saiznya yang bersesuaian.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Beliau berkata kenderaaan seberat hampir 9,000 kilogram bagi muatan penuh itu dihasilkan sepenuhnya menggunakan kepakaran anak tempatan.

Kata Mohd Ruhaizat, terdapat beberapa teknologi luar yang digunakan termasuk sistem pengawasan luar negara yang penting untuk melindungi anggota dan individu di dalam kenderaan itu.

Menurutnya, jika dibandingkan dengan Tarantula, Rentaka bersaiz lebih kecil namun dari segi muatan ia mampu menampung sehingga 10 penumpang.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Pihaknya juga mencadangkannya kepada Kementerian Dalam Negeri yang dilihat amat memerlukan kenderaan perisai dengan kepakaran tempatan setanding negara luar, sekali gus memberi banyak kelebihan jika ia digunakan kerajaan.

Mohd Ruhaizat berkata, kenderaan berkuasa 6.7 liter V8 Turbo Diesel itu turut menjadi tumpuan beberapa wakil agensi keselamatan luar pada pameran berkenaan.

Beliau berkata, antara wakil negara yang menyatakan minat terhadap kenderaan itu adalah Qatar dan Vietnam yang kini telah menghantar pertanyaan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Malaysian Defence

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply