ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rentas negeri dibenarkan pada fasa keempat, Pelan Pemulihan Negara

Berita Tempatan

Views

Kerajaan akan membenarkan aktiviti sosial, perjalanan rentas negeri, pelancongan domestik dan semua sektor ekonomi dibuka semula pada fasa keempat, Pelan Pemulihan Negara.

Menurut Sinar Harian, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, fasa keempat merupakan fasa terakhir Pelan Pemulihan Negara rakyat mungkin dapat kembali semula kepada norma kehidupan seharian.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Katanya, semua sektor ekonomi akan dibuka, lebih banyak aktiviti sosial akan dibenarkan, perjalanan rentas negeri dibolehkan dan pelancongan domestik juga akan dibuka tertakluk kepada prosedur standard operasi (SOP) yang ketat.

Tambahnya, fasa ini dapat dilaksanakan apabila bilangan kes COVID -19 rendah, sistem kesihatan awam berada di tahap selamat dan program vaksinasi telah mencapai tahap imuniti berkelompok selewatnya pada akhir tahun ini.

Beliau berkata demikian ketika Perutusan Khas Perdana Menteri, Pelan Pemulihan Negara yang disiarkan di beberapa stesen televisyen tempatan petang tadi.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan boleh terus mengambil keputusan untuk bergerak ke Fasa seterusnya jika berjaya dalam tiga indikator utama pada mana-mana fasa.

Jelasnya, jika kita telah mencapai imuniti kelompok pada fasa keempat, perkara-perkara ini dapat lakukan secara berperingkat dengan pematuhan kepada SOP yang ketat.

Kejayaan mencapai imuniti kelompok pula bergantung kepada berapa ramai rakyat negara ini dapat menerima suntikan vaksin. Tambahnya, lagi kesemua SOP bagi fasa-fasa yang saya sebutkan tadi akan diperincikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), dan diumumkan dalam masa terdekat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply