ARKIB

KATEGORI

Buletin

Risalah Proton X90 tertiris, semua varian ‘hibrid sederhana’, pilihan 6 atau 7 tempat duduk

Berita Tempatan

Views

Hari ini tular dua foto yang katakan risalah model Proton X90 yang mula berlegar di media sosial. Kami telah menjumpai foto-foto ini di laman group Facebook Proton X90 Community Malaysia (MYX90COM) yang telah dimuatnaik oleh MrZhafri Outlive.

Menerusi foto tersebut kita dapat melihat senarai varian, pilihan warna, spesifikasi secara ringkas dan juga pilihan konfigurasi enam atau tujuh tempat duduk. Berikut adalah maklumat yang dipaparkan menerusi risalah tersebut:

Pilihan varian dan spesifikasi secara ringkas

1.5L TGDi BSG Standard

  • Pilihan tujuh tempat duduk
  • Enjin 1.5L TGDi dengan hibrid sederhana (Sistem Sinergi Motor Elektrik (EMS) 48V)
  • Transmisi 7-kelajuan DwiCekam (7-DCT)
  • Lampu hadapan LED
  • Rim aloi 18-inci
  • Kemasan tempat duduk jenis fabrik
  • Unit inforia bersaiz 12.3-inci
  • Kamera undur

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

1.5L TGDi BSG Executive (tambahan dari varian Standard)

  • Pilihan tujuh tempat duduk
  • Sistem pemantau tekanan tayar
  • Pintu belakang kuasa
  • Kemasan tempat duduk jenis ‘leatherette
  • Tempat duduk pemandu berkuasa
  • Tempat duduk hadapan dengan ventilasi
  • Kamera 360 darjah dengan paparan 3D

1.5L TGDi BSG Premium (tambahan dari varian Executive)

  • Pilihan tujuh tempat duduk
  • Sistem Bantuan Pemandu Termasju (ADAS)
  • Rim aloi 19-inci
  • Kemasan tempat duduk jenis kulit Nappa
  • Tempat duduk penumpang hadapan berkuasa
  • Pengecasan nirwayar
  • Bantuan Parkir Automatik

1.5L TGDi BSG Flagship (tambahan dari varian Premium)

  • Pilihan enam tempat duduk
  • Bumbung lutcahaya panorama
  • Suis ‘Boss’ untuk penumpang hadapan
  • Tempat duduk barisan kedua ‘Captain Seat

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Pilihan warna mengikut varian

1.5L TGDi BSG Standard

  • Snow WhiteArmour Silver dan Jet Grey

1.5L TGDi BSG Executive

  • Snow WhiteArmour SilverJet GreyCinnamon Brown dan Ruby Red

1.5L TGDi BSG Standard dan 1.5L TGDi BSG Flagship

  • Snow WhiteArmour SilverJet GreyCinnamon Brown, Ruby Red dan Marine Blue

Difahamkan siri jerayawara akan berlangsung di enam bandar terpilih bermula 8 April 2023 (hari ini). Di sana, orang ramai berpeluang untuk melihat sendiri kenderaan tersebut dan ciri-cirinya, di samping membuat tempahan yang juga mula dibuka mulai hari ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit MrZhafri Outlive

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply