ARKIB

KATEGORI

Buletin

RON 95 gred Euro 4M mula dijual di stesen minyak Petronas

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu kenyataan media, Petronas Dagangan Bhd (PDB) mengumumkan, semua stesen minyak Petronas di seluruh negara kini membekalkan petrol RON 95 gred Euro 4M lebih awal dari tarikh yang diwartakan kerajaan iaitu pada 1 Januari 2020.

JOM BACA >> MESTI BACA: 10 model yang paling dinantikan tahun 2020

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Bhd (PDB), Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir berkata, spesifikasi bahan api baharu itu hanya mengandungi 50 bahagian bagi setiap sejuta sulfur yang juga 10 kali lebih rendah daripada standard Euro 2M bagi petrol RON 95.

Jelas Syed Zainal, kandungan bahan benzena turut dikurangkan sebanyak 30 peratus kepada 3.5 peratus manakala, tekanan wap juga rendah sebanyak 7.0 peratus kepada 65kPa, sekaligus menjadikan bahan api itu bersih untuk enjin serta alam sekitar.

JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur

Menurut beliau, bahan api RON 95 telah mula dinaik taraf kepada standard Euro 4M di semua stesen minyak Petronas sejak awal Disember ini. Katanya, dengan naik taraf ini, pelanggan tidak hanya menikmati pemanduan lebih lancar dan responsif, tetapi turut menggunakan bahan api lebih bersih yang sesuai dengan kenderaan moden hari ini bagi mengurangkan pencemaran udara, selain memberi manfaat dari segi kesihatan dan iklim.

Kesimpulannya, Petronas Primax 95 dengan Pro-Drive ini adalah bagus untuk enjin serta alam sekitar. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai PETRONAS Primax yang baru dipertingkatkan dengan Pro-Drive yang mematuhi Euro 4M, layari www.mymesra.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji
JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?
JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply