Nampaknya bukan Perodua Myvi generasi ketiga sahaja yang menjadi sasaran pencuri, rakan pembaca kami (ingin dirahsiakan identiti) menerusi pesanan di Facebook Messenger memaklumkan, kejadian curi meter Myvi SE kini semakin menjadi-jadi. Kata Shah, dalam tahun ini sahaja sudah dua kali keretanya (Myvi SE keluaran 2010) menjadi sasaran si penyamun yang telah memecah masuk dan mencuri meter.
JOM BACA >> MESTI BACA: 10 model yang paling dinantikan tahun 2020
Shah turut berpesan kepada kami, supaya memberi peringatan kepada para pemilik Myvi SE supaya berhati-hati semasa parkir kereta dan memilih kawasan yang terang dan selamat. Dianggarkan kerugian yang dialaminya setiap kali kehilangan meter itu lebih RM2,000. Katanya lagi, sebelum ini pernah ada 6 kes kecurian meter Myvi SE dilaporkan dalam tempoh sehari di sekitar kawasan Subang Bestari.
JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur
Kami difahamkan meter Myvi SE menjadi ‘idaman’ geng ubahsuai kereta Perodua seperti Kancil, Kelisa, Kenari dan juga Proton Wira. Ini membuatkanLaporan polis mengenai kejadian curi meter Myvi SE telah pun dibuat dan kami berharap agar ada tindakan pantas dilakukan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membanteras kegiatan ini daripada terus berleluasa.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji
JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?
JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
KOMEN TERKINI