ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ruang dalaman Adastra ada ‘sentuhan’ syarikat tempatan, AUE Marin

Berita Tempatan

Views

Meskipun usianya baru menjengah 25 tahun, namun tidak menghalang seorang anak muda bagi merealisasikan cita-citanya dalam dunia marin khususnya berkaitan kapal mewah.

Berkat kemahuan dan usaha, Muhammad Amin Hazwan Abdul Hamid menubuhkan syarikat AUE Marin sejak awal tahun ini bagi menawarkan perkhidmatan penyelenggaraan dan penambahbaikan dalaman kapal mewah sekali gus menjadi individu pertama di Perlis yang menawarkan perkhidmatan seperti itu.

Malah, anak muda tersebut bersama pasukannya juga antara yang terlibat dan diberi kepercayaan menambah baik reka bentuk dalaman sebuah kapal layar mewah, Adastra yang sebelum ini pernah tular di media sosial selepas berlabuh di Kuala Perlis.

Kehadiran kapal tersebut pada Ogos tahun lalu itu menggamit perhatian terutama nelayan dan penduduk setempat yang memaklumkan pertama kali melihat kapal mempunyai reka bentuk unik berkenaan.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Difahamkan, reka bentuk kapal layar yang elegan itu pernah memenangi Anugerah Dunia Superyacht 2013 dan dianggarkan bernilai AS$10 juta atau RM45 juta.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Muhammad Amin berkata, dia menubuhkan syarikat berkenaan selepas melihat potensi cerah dalam bidang perkhid­matan penyelenggaraan kapal mewah secara persendirian di negeri ini.

Katanya, meskipun masih baru menceburi bidang itu namun dia amat bertuah apabila diberi kepercayaan menambah baik reka bentuk dalaman sebuah kapal mewah yang pernah tular sebelum ini dikenali sebagai Adastra.

“Sebelum ini, saya sebenarnya aktif menjalankan kerja-kerja kontraktor bagi membina rumah, jalan dan sebagainya namun setelah melihat potensi dalam bidang berkenaan, saya memutuskan untuk menubuhkan AUE Marin yang merupakan anak syarikat kepada AUE Construction Sdn. Bhd. (AUE).

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

“Alhamdulillah, walaupun baharu berkecimpung dalam bidang ini, namun syarikat saya telah diberi kepercayaan oleh pemilik kapal mewah tersebut untuk melakukan penambahbaikan terhadap reka bentuk dalamannya,” katanya.

Tambah bapa kepada seorang anak itu, kerja-kerja perkhidmatan penyelenggaraan tersebut dilaksanakan di Perlis Marine Engineering (PME) di Kuala Perlis.

Katanya, dia turut bekerjasama dengan pasukannya sendiri terdiri daripada empat orang tukang cat pakar (specialist painter) dari Itali bagi melakukan kerja-kerja mengecat kapal mewah berkenaan.

“Minat yang mendalam ter­hadap kapal-kapal mewah ini telah mendorong saya untuk terlibat secara lebih serius dalam bidang tersebut,” katanya. – UTUSAN

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit boatinternational.com

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply