ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rapid Rail henti operasi LRT di 6 stesen bermula Ahad

Berita Tempatan

Views

Rapid Rail Sdn. Bhd. menghentikan operasi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) di enam stesen laluan Ampang-Sri Petaling bermula Ahad ini.

UTUSAN melaporkan, menerusi satu kenyataan Rapid Rail memaklumkan, ia melibatkan stesen Bandaraya, Sultan Ismail, PWTC, Titiwangsa, Sentul dan Sentul Timur.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Jelasnya, perkhidmatan itu dihentikan kerana tren digunakan untuk perkhidmatan di antara stesen Bandaraya ke stesen Sentul Timur tidak dapat lagi memenuhi kriteria pengoperasian yang ditetapkan dan terpaksa dikeluarkan perkhidmatan atas faktor keselamatan.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Ia susulan daripada kejadian kerosakan struktur dan landasan berhampiran stesen LRT Bandaraya, yang menyebabkan tren tidak dapat kembali ke Depoh LRT di Ampang untuk menjalani kerja-kerja penyelenggaraan sejak 27 Januari lepas.

Bagi menampung keperluan dan melancarkan perjalanan penumpang yang terjejas, pihak Rapid Rail akan menyediakan perkhidmatan bas ekspres percuma LRT 13 dan LRT 14 bermula Ahad in, sebagai tambahan kepada perkhidmatan bas LRT 11 sedia ada.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply