ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ruang kabin Geely Boyue Cool didedahkan, pra-jualan bermula April

Berita Global

Views

Jika dalam artikel dahulu, kami pernah menyiarkan foto rasmi rekaan luaran model SUV kompak terbaharu Geely, Boyue Cool. Kali ini, rekaan kabinnya mula dipertontonkan dan pra-jualannya akan bermula awal bulan ini.

Pelancaran rasminya pula dijangka pada separuh pertama (H1) 2023. Ia disasarkan untuk golongan pengguna muda dan menurut Geely, akronim Cool membawa maksud CreativeOpeningOutdare dan Love.

Reka bentuk luarannya menampilkan lenggok bahasa rekaan terkini Geely, dikenali sebagai “Vision Starburst“, yang menonjolkan bentuk yang bersudut serta permainan garisan tajam.

Boyue Cool akan ditawarkan dengan empat pilihan warna luaran satu tona, iaitu putih, biru, hijau dan kelabu. Manakala dua warna dwitona turut ditawarkan, iaitu kelabu dan kuning air (beige).

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Dari segi dimensi, Boyue Cool berukuran 4,510 mm panjang, 1,865 mm lebar, 1,650 mm tinggi dan jarak antara gandar rodanya pula 2,701 mm.

Model SUV ini mempunyai 39 ruang simpanan dan kapasiti ruang bagasinya pula sebanyak 571 liter. Dari dalam, kelihatan ia didatangkan dengan bumbung lutcahaya.

Berdasarkan informasi dari Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat (MIIT) China, Boyue Cool dikuasakan oleh enjin 1.5TD empat silinder yang menghasilkan output maksimum 133 kW dan daya kilas puncak 290 Nm.

Enjin yang dibagunkan hasil usaha sama Volvo dan Geely ini dipadankan dengan kotak gear 7-kelajuan DCT. Menurut Geely, Boyue Cool mampu memecut dari 0 – 100 km/j hanya dalam masa 7.9 saat.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Ruang kabinnya tampil dengan gaya reka bentuk moden dan minimalis dengan kehadiran panel instrumen LCD penuh berukuran 10.25-inci, paparan kawalan di tengah menegak bersaiz 13.2-inci dengan resolusi 1440×1920, bumbung lutcahaya panoramik 1.12㎡ dan pencahayaan ambien 72-warna.

Unit pengkomputerannya dijana oleh cip Qualcomm Snapdragon 8155 dengan memori 16G dan storan 128G, pemproses 7nm dan unit pemprosesan pusat (CPU) 8-teras. Ia turut ditawarkan dengan keupayaan interaksi suara dan pengecaman wajah.

Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan sistem bantuan pemanduan tahap 2 dengan 13 fungsi termasuk kawalan jelajah pintar, brek kecemasan autonomi pejalan kaki dan kawalan lorong kecemasan.

Bukan itu sahaja, Boyue Cool didatangkan secara standard dengan program kestabilan elektronik (ESP) Bosch generasi 9.3.

Akhir sekali, ia akan ditawarkan dengan kemas kini OTA pada masa akan datang yang akan menyokong fungsi seperti pengecaman wajah untuk menghidupkan enjin, melaraskan kedudukan dan konfigurasi tempat duduk secara automatik.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply