ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rumah dipecah masuk, 19 topi keledar Arai dan Shoei bernilai RM63,200 lesap

Berita Tempatan

Views

Seorang peniaga mengalami kerugian bernilai RM63,200 selepas 19 topi keledar terpakai jenama Arai dan Shoei dilarikan pencuri dari sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Bukit Kuchai, Batu 8, di Puchong, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pengadu lelaki tempatan berusia 30 tahun mendakwa meninggalkan rumah dalam keadaan pintu biliknya berkunci pada pukul 2 petang.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati pengadu menjalankan perniagaan topi keledar jenama Arai dan Shoei tulen sejak tahun 2011, melalui platform Facebook dan TikTok manakala topi keledar yang hilang adalah jenis terpakai dan telah dibaiki pengadu sebelum dijual dipasaran.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Ketika pulang ke bilik sewanya pada pukul 4.45 petang, mangsa mendapati pintu serta tingkap biliknya telah terbuka manakala 19 topi keledar yang diletakkan di dalam almari kaca dan kayu telah hilang.

“Suspek disyaki masuk ke bilik mangsa melalui pintu pagar depan rumah yang tidak berkunci. Kemudian suspek dipercayai masuk melalui tingkap belakang bilik mangsa yang terletak di tingkat atas.”

Beberapa cap jari berjaya dikesan dan siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Semalam, peniaga berkenaan, @eppy firds menerusi kumpulan RXZ Members Official berkata, rumahnya telah dipecah masuk pencuri sekitar pukul 2 hingga 4.30 petang dan turut menyenarai 19 topi keledar yang hilang.

Laporan polis telah dibuat, cap jari suspek telah diambil manakala rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) sedang diperolehi.

“Kepada yang terbeli topi keledar yang disenaraikan, tolong bagi kerjasama untuk saya dapatkan balik topi keledar lain. Saya akan pulangkan modal anda yang telah membeli asalkan anda boleh bantu memberi sedikit info tentang penjual.

“Kepada yang telah mengambil barang-barang tersebut, sekiranya semua barang ini masih ada dalam simpanan saya mohon tolong pulangkan balik dan insya-Allah, kita bincang baik-baik dan tarik balik report,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit RXZ Members – Official

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply