ARKIB

KATEGORI

Buletin

Russia terima pesawat pengangkut tercanggih Il-76MD-90A

Berita Global

Views

Kementerian Pertahanan Russia menerima sebuah lagi pesawat pengangkut tentera daripada United Aircraft Corporation (UAC), iaitu anak syarikat kepada firma milik kerajaan persekutuan, Rostec, lapor akhbar EurAsian Times.

Penghantaran pesawat Il-76MD-90A itu dimeterai menerusi sebuah kontrak yang diterajui oleh kementerian berkenaan.

Rostec dalam satu kenyataan Isnin lalu berkata, pihaknya sedang meningkatkan pengeluaran pesawat tersebut untuk kegunaan jabatan pertahanan Russia.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Ketua Pengarah UAC, Yuri Slyusar berkata, penghantaran pesawat pengangkutan baharu adalah sumbangan mereka untuk memenuhi keperluan pesawat pengangkut tentera dan mengukuhkan keupayaan pertahanan negara.

Tambahnya, pesawat Il-76MD-90A terbaharu sedang dalam pemasangan. Syarikat itu sedang meletakkan asas pengeluaran untuk tahun hadapan. Beberapa pesawat yang dijadualkan untuk dihantar pada 2023 kini sedang dibina di kilang.

Aset terbaharu itu dilengkapi dengan enjin PS-90A-76 yang lebih moden, rangka yang dipertingkat dengan sistem brek lebih berkuasa dan pemasangan peralatan radio-elektronik digital beserta penunjuk skrin.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Ketua Eksekutif Rostec, Sergei Viktorovich Chemezov berkata, mereka menjalankan penghantaran pesawat secara rutin demi kepentingan Kementerian Pertahanan Russia.

Tambah beliau, unit jet pejuang, Su-30SM2 dan Su-35C; pesawat pengebom barisan hadapan, Su-34 dan pesawat latihan tempur, Yak-130 telah dihantar ke unit tentera tahun ini.

EurAsian Times sebelum ini melaporkan bahawa UAC pada 21 November lalu telah menyerahkan satu set jet pejuang Su-30SM2 dan pesawat latihan tempur Yak-130 (RuMoD) serba baharu kepada Kremlin. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Rosoboronexport

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply