ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sah! Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2023 akan berlangsung di MITEC pada 9-11 Jun 2023

Berita Tempatan

Views

Ini berita baik buat peminat modifikasi kereta! Acara permotoran tersohor Tokyo Auto Salon buat julung kalinya akan tiba di Malaysia tidak lama lagi.

Para peminat boleh melihat sendiri modifikasi kereta yang radikal lagi ekstrem, pelbagai aksesori automotif dan perkhidmatan selepas pasaran tanpa perlu menempah tiket penerbangan ke Jepun.

Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2023 turut menampilkan beberapa kereta yang unik dan juga Gadis Litar Jepun yang bakal menyambut kedatangan anda.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MUSE, Riduwan Matni, ia adalah satu penghormatan untuk disenarai pendek oleh San Ei Corporation, pemilik harta intelek Tokyo Auto Salon untuk menjadi rakan kongsi mereka di luar Jepun.

Tambah beliau, syarikat itu juga merupakan penganjur Tokyo Auto Salon Singapura 2013 dan telah berjaya menarik lebih 70,000 pengunjung ke Marina Bay Sands.

Pengunjung juga bakal menyaksikan pelbagai kereta yang didatangkan khas dari Jepun dan juga hasil modifikasi anak tempatan, yang sebahagiannya adalah satu-satunya prototaip yang berfungsi di dunia.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2023 akan berlangsung di Hall 2-4, Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada 9 hingga 11 Jun 2023, bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Harga tiket ialahRM40/sehari dan ia boleh dibeli secara dalam talian. Mereka yang membuat pembelian awal sebelum hari acara bakal menikmati diskaun 10 peratus.

Butiran lanjut mengenai pembelian tiket akan diumumkan kemudian. Pihak penganjur menjangkakan lebih 150,000 pengunjung akan membanjiri ruang pameran Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2023 nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit muse group asia

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply