Selain MG4, SAIC Motor Malaysia Sdn. Bhd. turut membuka tempahan bagi model SUV elektrik segmen-B terbaharunya, iaitu MG ZS EV. Ditawarkan hanya dalam satu varian sahaja iaitu MG ZS EV Lux, harga anggaran bagi model ini bermula dari RM129,000.
Ia dilengkapi oleh bateri Lithium-Ion 51.1kWj yang menawarkan jarak pemanduan sehingga 320km (kitaran WLTP). Kuasa disalurkan menerusi motor elektrik tunggal dengan output sebanyak 176PS dan 280Nm daya kilas. Model ini mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 8 saat sahaja.
Empat pilihan warna ditawarkan, antaranya Dynamic Red, Arctic White, Black Pearl dan Monument Silver.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Berikut adalah spesifikasi ringkas MG ZS EV:
Prestasi | MG ZS EV |
Kapaisti Bateri Capacity (kWj) | 51.1 |
Jarak Pandu (kitaran WLTP) | 320km |
Anggaran Masa Pengecasan (7kW) | 8 jam |
Anggaran Masa Pengecasan (50kW), 10 peratus hingga 80 peratus | 54 minit |
Kuasa Maksimum Power, kW (PS) | 130 (176) |
Daya Kilas Maksimum, Nm | 280 |
0-100 km/j | 8 saat |
Jarak antara gandar roda, mm | 2,581 |
Tinggi, mm | 1,625 |
Lebar, mm | 1,809 |
Panjang, mm | 4,323 |
SUV ini hadir dengan rekaan hadapan tanpa jeriji dengan lampu hadapan ‘Silverstone’, menampilkan 21 unit LED, manakala lampu belakang LED ‘Phantom’ telah direka bentuk semula bagi menambah ekspresi berani dan tersendiri.
Port pengecasannya telah disembunyikan di sebalik jeriji, telah dikemas kini untuk akses yang lebih mudah, menampilkan penutup pegas yang dibuka ke arah sisi untuk pengedapan yang lebih baik.
Ruang kabinnya sangat moden dengan papan pemuka yang dihiasi dengan kemasan serat karbon, serta dilengkapi dengan sistem kawalan skrin sesentuh untuk ketersambungan yang lebih lancar.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Model ini dilengkapi dengan paparan berbilang maklumat digital bersaiz 7-inci, manakala antara ciri baharunya adalah seperti pengecasan telefon nirwayar, perehat tangan di tengah tempat duduk penumpang belakang, kawalan iklim automatik dengan bolong di belakang dan bumbung suria panoramik.
Kapasiti bagasinya juga cukup lapang,antara 448 liter dan 1,187 liter. Dari aspek keselamatan, MG ZS EV dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu temaju (ADAS) yang dikenali sebagai MG Pilot.
Antara ciri-ciri MG Pilot adalah seperti berikut:
- Amaran Perlanggaran Depan (FCW) dan Brek Kecemasan Automatik (AEB) (dengan Pengesanan Pejalan Kaki dan Basikal)
- Kawalan Jelajah Adaptif ACC)
- Bantuan Kesesakan Lalu Lintas (TJA)
- Amaran Keluar Lorong (LDW)
- Bantuan Kekal Lorong (LKA)
- Pengesanan Titik Buta (BSD)
- Bantuan Tukar Lorong (LCA)
- Amaran Lintasan Trafik Dari Belakang (RCTA)
- Suluhan Lampu Tinggu Pintar
SUV elektrik ini dilengkapi dengan tiga ciri mod pemanduan iaitu Eco, Normal, dan Sport termasuk Kinetic Energy Recovery System (KERS) tiga tahap.
MG4 dan MG ZS EV turut didatangkan dengan pakej waranti, selama 7 tahun atau 150,000km (yang mana terdahulu) bagi dan 7 tahun atau 180,000km (yang mana terdahulu) untuk pek bateri.
KLIK UNTUK BESARKAN
MG ZS
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI