ARKIB

KATEGORI

Buletin

smart Malaysia raikan 100 hari pelancaran smart #1

Berita Tempatan

Views

smart Malaysia meraikan 100 hari pelancaran smart #1 di pasaran hari ini. Dalam tempoh 100 hari pertama, smart Malaysia telah menganjurkan smart Tech Insight Day, acara yang bertujuan untuk mendalami pemahaman dan pengalaman pelanggan yang memiliki smart #1.

Acara ini merangkumi butiran jaminan kereta, ciri-ciri produk, ekosistem pengecasan yang mudah, dan pengalaman hidup sebenar pemilik, yang telah membina landasan yang kukuh bagi penglibatan masa depan dalam memperkasakan komuniti smart.

Selain itu, pelanggan boleh mendapatkan akses kepada kemudahan soalan lazim dan mendapatkan jawapan dengan cepat, mudah, dan cekap melalui aplikasi Hello smart yang telah dikemas kini.

smart Malaysia bakal memperkenalkan lebih banyak acara pada masa akan datang, termasuk pengalaman ujian memandu untuk pemilik dan peminat smart, yang membolehkan mereka merasai pemanduan dinamik smart #1. Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan penglibatan dan memperkukuh rangkaiannya.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia, Zhang Qiang, berkata, pihaknya menghargai sokongan pelanggan dan akan terus mengutamakan keperluan pelanggan, bagi memastikan setiap interaksi dengan jenama ini adalah positif dan tidak dapat dilupakan.

Rangkaian pengedar smart kini bertambah dari 10 cawangan pada tahun 2023 kepada 13 cawangan, termasuklah yang pertama di Malaysia Timur. Varian smart #1 BRABUS pula terus kekal sebagai pilihan utama.

Selain itu, smart Malaysia memberi komitmen untuk memperluas infrastruktur pengecasan dan menjalin kerjasama dalam menangani permintaan yang semakin meningkat untuk kenderaan elektrik (EV) di seluruh negara.

Dengan 70 peratus data stesen pengecasan telah disepadukan ke dalam aplikasi Hello smart, pemilik EV boleh menjangkakan liputan yang lebih luas melalui kerjasama dengan pihak-pihak utama dalam ekosistem EV.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Aplikasi yang telah dikemaskini itu juga memudahkan pembayaran menggunakan kad debit atau kredit, membolehkan pemilik membayar dan mengecas kenderaan mereka atau membeli data internet dalam kenderaan.

smart Malaysia turut menjemput anda untuk menonton video terbaharu mereka di Facebook, Instagram, dan TikTok, yang memaparkan kehidupan seharian Pakar Jualan smart.

Dari perundingan peribadi hingga proses permohonan pinjaman yang lancar memastikan setiap pelanggan menerima penyelesaian yang disesuaikan.

Mereka juga mahir dalam memberikan bimbingan dan bantuan dalam penyelesaian pengisian dan pemeriksaan kereta, selain mengendalikan setiap aspek, daripada pemeriksaan Puspakom, kepada pendaftaran JPJ.

Selain itu, Pakar Jualan smart juga boleh mengatur penghantaran smart #1 anda atau kepada orang tersayang. Jangan lepaskan peluang untuk memandu uji smart #1 di bilik pameran terdekat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply