ARKIB

KATEGORI

Buletin

Salah tetapan navigasi punca Volvo ini ‘tersesat’ ke lorong motosikal

Berita Tempatan

Views

Sinar Harian melaporkan, gara-gara terlalu mengikut arahan aplikasi navigasi untuk ke lokasi dituju, seorang pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) ‘tersesat’ masuk lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan di Petaling Jaya, kelmarin.

JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, lelaki berusia 53 tahun itu yang memandu kenderaan jenis Volvo XC90 dari arah Petaling Jaya ke Shah Alam.

Katanya, video kejadian itu kemudian telah tular di media sosial dan polis telah memanggil pemandu terbabit keesokannya untuk direkod keterangan bagi membantu siasatan. Jelas Nik Ezanee, siasatan awal mendapati pemandu terbabit dalam perjalanan dari syarikatnya di Sungai Besi, Kuala Lumpur untuk menuju ke pusat servis kenderaan.

JOM BACA >> Myvi versi heijiworks7 ini memang padu!

Tambahnya, semasa dalam perjalanan, pemandu itu telah menggunakan aplikasi navigasi yang menunjukkan laluan motosikal. Menyedari kesalahannya, pemandu terbabit telah cuba mencari jalan keluar dengan dibantu sekumpulan penunggang motosikal di laluan itu.

Beliau berkata, selain itu semakan yang dibuat ke atas telefon bimbit lelaki terbabit mendapati aplikasi navigasi yang digunanya tersalah menggunakan tetapan iaitu ‘mod motosikal’. Ujian saringan air kencing juga mendapati pemandu itu negatif dadah. Tambah beliau lagi, pemandu terbabit kemudian telah dibebaskan sementara kertas siasatan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Mungkinkah model ini bakal jadi trak pikap Proton? Lebih baik jangan sebab hodoh sangat!
JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton X50 dengan meter analog berjaya diintai!
JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?
JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020
JOM BACA >> Gobek Api – Ciptaan Melayu lama pencetus kepada teknologi enjin terkini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply