Menerusi satu kenyataan media yang disiarkan di laman Facebook rasminya, Swift Group Malaysia membuat permohonan maaf atas kejadian sebuah lori milik syarikatnya yang dipandu secara melawan arus baru-baru ini. Video kejadian tersebut tular di media sosial dan menurut kenyataan itu, pihaknya memohon maaf kerana pemandu lori tidak sengaja memandu ke arah lorong bertentangan dan tidak dapat mengundur atau membelok kembali.
JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?
Tambah kenyataan itu, dalam keadaan panik pemandu tersebut terpaksa memandu terus pada kadar yang laju untuk kembali ke lorong yang betul. Selepas kejadian itu, pemandu lori kembali ke pejabat Swift dan melaporkan kejadian tersebut. Ujian dadah telah dilakukan pada hari yang sama oleh pegawai syarikat itu dan hasilnya didapati negatif.
JOM BACA >> Myvi versi heijiworks7 ini memang padu!
Siasatan juga telah dilakukan dan tindakan disiplin telah diambil terhadap pemandu tersebut. Di Swift, keselamatan awam adalah salah satu keutamaan Syarikat dan pihaknya memandang serius setiap aduan yang diterima. Swift juga berharap kenyataan ini dapat menjelaskan keadaan dan sekali lagi memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang berpunca dari insiden ini.
Semalam, kami telah menyiarkan artikel mengenai kejadian tersebut dan menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, kes itu disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Video insiden tersebut berjaya dirakam oleh kamera pemuka (dashcam) kenderaan dari arah bertentangan dan telah tular di media sosial sejak beberapa hari yang lalu.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Mungkinkah model ini bakal jadi trak pikap Proton? Lebih baik jangan sebab hodoh sangat!
JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton X50 dengan meter analog berjaya diintai!
JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?
JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020
JOM BACA >> Gobek Api – Ciptaan Melayu lama pencetus kepada teknologi enjin terkini
KOMEN TERKINI