ARKIB

KATEGORI

Buletin

Saman RM300 naik kereta lebih daripada seorang adalah berita palsu – KKMM

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah menyenaraikan beberapa berita palsu yang tular dan tersebar di media sosial, termasuk saman RM300 akan dikenakan terhadap mereka didapati menaiki kereta lebih daripada seorang.

JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai

Menerusi kenyataan semalam, Pasukan Respon Pantas KKMM berkata pihaknya juga menafikan laporan bayaran saman RM200 jika tidak memakai penutup mulut dan hidung. Tambah kenyataan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menafikan dakwaan empat lelaki positif COVID-19 lari dari Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang.

JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini

Selain itu, pihak Hospital Dungun menafikan kesemua staf hospital itu dikuarantin. Meskipun terdapat kes positif COVID-19 di hospital berkenaan, arahan kuarantin tidak membabitkan kesemua staf seperti didakwa. Menurut kenyataan KKMM, Kementerian Kesihatan Malaysia juga menafikan dakwaan hilang selera makan dan hilang deria bau antara simptom baharu COVID-19.

Pejabat Menteri Besar Selangor juga menafikan dakwaan beberapa lokasi panas wabak COVID-19 meliputi kawasan Sungai Lui, Sungai Ramal Dalam, Sungai Merab dan Jalan Kebun yang kononnya dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Selangor.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit The Star

JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980
JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital
JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply