ARKIB

KATEGORI

Tular

Sampai tinggal rangka Honda RS-X ni dikerjakan si penyamun

Tular

Views

Sejak semalam tular satu hantaran yang dimuat naik oleh pemilik akan Facebook bernama Suhaili Sulaiman, memaparkan kejadian curi komponen motosikal yang berlaku di bawah blok perumahan penjawat awam Presint 18R13, Putrajaya.

Menurut Suhaili, yang menjadi mangsa motosikal Honda RS-X milik abangnya sendiri yang baharu sahaja dibeli pada 30 Disember 2021. Honda RS-X itu dibeli untuk berulang-alik ke tempat keja selain menjadi pengangkutan untuk ke masjid.

 

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Agak mengejutkan, motosikal berwarna biru itu ‘dibaraikan’ oleh si penyamun sehingga tinggal rangka. Antara komponen yang ‘dirembat’ termasuklah coverset, lampu hadapan, ABS, set meter dan wayar.

Suhaili berharap agar si penyamun memulangkan semula komponen-komponen yang dicuri itu dan diletakkan berhampiran lif atau di tapak parkir asal motosikal tersebut.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Tambahnya, disebabkan Hari Raya Aidilfitri sudah semakin hampir, agak sukar untuk mendapatkan wang sejumlah RM3,000 hingga RM4,000 untuk membaiki kerosakan tersebut.

Katanya lagi, bersempena dengan bulan Ramadan yang mulai ini, dia berdoa agar si penyamun di berikan hidayah. Kami mendoakan agar mereka dipermudahkan segala urusan dan mendapat semula komponen-komponen yang hilang itu.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Suhaili Sulaiman

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply