ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sangka enjin masih belum dihidupkan, kereta dipandu warga emas rempuh restoran

Berita Tempatan

Views

Myvi buat hal lagi! Harian Metro melaporkan, tiga pelanggan restoran di Jalan Temenggung 19/9, Mahkota Cheras, Kajang, cedera selepas dirempuh kereta ketika sedang menjamu selera, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, pemandu Perodua Myvi berkenaan dikatakan menyangka enjin kenderaannya belum dihidupkan lalu menukar ‘gear D’ dan menekan pedal minyak.

JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, ketiga-tiga mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kajang, manakala pemandu Myvi itu tidak mengalami kecederaan. Katanya, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Kajang menerima maklumat mengenai kemalangan sebuah kenderaan merempuh restoran.

Kejadian itu dipercayai berlaku di hadapan restoran yang membabitkan Perodua Myvi dipandu lelaki berumur 73 tahun. Kereta tersebut telah hilang kawalan ketika ingin memulakan pemanduan. Beliau berkata, pemandunya menyangka kenderaan masih belum dihidupkan dan kemudian menukar gear dalam keadaan ‘D’ sebelum menekan minyak.

JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Premium tertiris

Ini mengakibatkan kenderaan itu meluncur terus ke hadapan dan hilang kawalan lalu melanggar restoran yang berada di hadapannya. Ketika kejadian terdapat tiga pelanggan berada di restoran terbabit dan turut dirempuh oleh kenderaan tersebut.

Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kajang untuk menerima rawatan. Salah seorang daripada mangsa berusia 16 tahun, manakala dua lagi belum dikenalpasti kerana sehingga kini tidak membuat laporan polis. Kes kemalangan ini akan disiasat dibawah Rule 10 LN 166/59.

JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton Saga facelift 2019 dikesan sedang mengisi minyak
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply