ARKIB

KATEGORI

Buletin

SDAC rangkul ‘Anugerah Kecemerlangan Henry Ford’, diiktiraf pengedar Ford Terbaik rantau Asia Pasifik

Berita Tempatan

Views

Pengedar tunggal Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), baru-baru ini berjaya merangkul Anugerah Kecemerlangan Henry Ford.

Untuk mendapatkan pengkitirafan ini, SDAC perlu memastikan tahap kepuasan pelanggan secara keseluruhan yang tertinggi, prestasi perniagaan yang luar biasa dan inisiatif pelanggan yang paling cemerlang pada 2022.

Selain itu, SDAC juga menerima Anugerah Presiden untuk Jualan dan Anugerah Presiden untuk Servis bagi tahun keempat berturut-turut,

Anugerah ini membezakan SDAC sebagai rakan pengedar berprestasi tinggi di 20 pasaran pengedar Ford di Asia Pasifik, sekali gus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai salah satu Persatuan Pengedar Ford terbaik di dunia.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Anugerah Kecemerlangan Henry Ford yang sebelum ini dikenali sebagai Anugerah Pengerusi, merupakan pengiktirafan yang tertinggi dalam program ganjaran dan pengiktirafan tahunan pengedar Ford.

Pengedar perlu mencapai beberapa kriteria kelayakan yang ketat untuk bersaing dalam anugerah tersebut. Termasuklah pencapaian 100 peratus pada objektif jualan kenderaan dan alat ganti baharu.

Pengedar juga perlu mencapai 90 peratus pada kepuasan pelanggan dalam jualan dan servis. Mereka kemudiannya disenarai pendek mengikut jumlah gabungan mata kepuasan pelanggan jualan dan servis mereka.

Ford juga mengambil kira sebarang inisiatif pengalaman pelanggan yang cemerlang, yang membolehkannya menerima anugerah untuk inisiatif Ford Ranger Getaways yang unik.

Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair berkata, pihaknya amat berbangga dengan pencapaian tersebut dan komited untuk menyediakan pengalaman pemilikan buat pelanggan melalui program seperti Ford Ranger Getaways.

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!

Platform e-dagang pengembaraan berasaskan komuniti ini yang menghimpunkan pemilik menerusi satu siri pengembaraan tempatan yang dipilih secara teliti, bagi menemui fleksibiliti dan potensi penuh Ranger mereka.

Mata bagi Anugerah Kecemerlangan Henry Ford dan Anugerah Presiden dinilai berdasarkan penarafan yang dikumpul daripada maklum balas sebenar daripada pelanggan serta kaji selidik kepuasan yang dijalankan oleh Ford di setiap pasaran pengedarnya.

Diperkenalkan pada 2016 secara serantau, program ganjaran dan pengiktirafan tahunan Ford menilai pengedar terutamanya pada tahap tertinggi kesuluruhan kepuasan pelanggan dan prestasi dalam kategori ini:

  • Kepuasan jualan pelanggan tahap tertinggi
  • Kepuasan servis pelanggan tahap tertinggi
  • Prestasi jualan kenderaan baru terbaik
  • Prestasi jualan alat ganti terbaik

Pasaran Pengedar Ford adalah termasuk di Timur Tengah, Afrika Utara, Afrika Sub-Sahara dan Pasaran-pasaran Pengedar Asia Pasifik.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply