ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tiada lagi ‘monopoli’ PUSPAKOM – Anthony Loke

Berita Tempatan

Views

Perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor yang diwajibkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan dibuka kepada pihak berkelayakan dan memenuhi syarat ditetapkan selepas konsesi semasa kepada Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) tamat pada 31 Ogos 2024.

Berita Harian melaporkan, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata perkara itu diputuskan Jemaah Menteri pada 17 Mac lalu menyaksikan tiada lagi monopoli PUSPAKOM sebagai penyedia pemeriksaan berkala kenderaan motor berkuat kuasa 1 September 2024.

Beliau berkata, proses pelawaan kepada pihak yang berminat dalam menyediakan perkhidmatan akan dibuka selewat-lewatnya suku pertama 2024.

Ujar beliau, keputusan ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan persekitaran perkhidmatan yang berdaya saing serta memudahkan seluruh rakyat.

Serentak itu pihaknya turut mempelawa pihak yang berminat dan memenuhi syarat untuk membuat permohonan yang bermula selewat-lewatnya suku pertama tahun depan, jadi tiada lagi soal monopoli.

Loke berkata, bagi melaksanakan keputusan itu, kementeriannya bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membangunkan syarat kelayakan, peraturan pengoperasian, skop perkhidmatan, penetapan lokasi pemeriksaan dan garis panduan bagi pihak lain yang berminat menyediakan perkhidmatan pemeriksaan itu.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Katanya, bagi memastikan keseragaman peraturan dan keadilan dalam aspek persaingan, pihak yang berminat akan diwajibkan untuk memenuhi semua syarat dan peraturan sama yang telah dikenakan kepada PUSPAKOM di bawah Perjanjian Konsesi.

Ini termasuk kewajipan melantik pekerja yang memenuhi syarat kelayakan ditetapkan sahaja, menyedia dan menggunakan peralatan pemeriksaan berkomputer yang dikawal selia dan diluluskan oleh JPJ, menyediakan perkhidmatan dengan mematuhi skop, standard dan prosedur pemeriksaan motor yang ditetapkan sepenuhnya.

Mereka juga hanya boleh mengenakan kadar fi pemeriksaan yang telah ditetapkan sahaja, tidak dibenarkan sama sekali menawarkan perkhidmatan pembaikan atau ubah suai kenderaan serta penjualan alat ganti.

Tambah beliau, pihak JPJ akan secara berterusan mengaudit dan memantau semua pihak yang menyediakan perkhidmatan itu bagi memastikan pematuhan, kualiti dan integriti pemeriksaan.

Mana-mana pihak yang didapati melanggar syarat ditetapkan boleh dikenakan penalti atau dibatalkan kebenaran menjalankan pemeriksaan terbabit.

Loke berkata, MOT juga akan memastikan bahawa pembukaan pemeriksaan berkala kepada pihak lain tidak menyumbang kepada elemen persaingan tidak sihat serta membawa kesan negatif kepada penyediaan perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor di bawah Akta 333.

Tambah beliau, kerajaan juga bersetuju melanjutkan perjanjian konsesi PUSPAKOM untuk 15 tahun lagi berkuat kuasa 1 September 2024 dengan penambahbaikan terma perjanjian sedia ada.

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!

Keputusan ini mengambil kira bahawa pihak PUSPAKOM telah menjalankan fungsi pemeriksaan terbabit bagi pihak JPJ dengan baik dan memenuhi tahap perkhidmatan yang ditetapkan.

Namun, PUSPAKOM telah diminta untuk melaksanakan beberapa penambahbaikan termasuklah pindaan ke atas prosedur dan skop pemeriksaan berkala yang ditetapkan bagi meningkatkan tahap kualiti dan integriti pemeriksaan seperti memperluaskan elemen automasi dan penggunaan peralatan komputer.

Proses pemeriksaan akan dimodenkan sesuai dengan perkembangan teknologi semasa dengan penggunaan peralatan komunikasi teknologi tinggi, sensor atau kamera bagi membolehkan pemeriksaan dipantau secara masa sebenar di dalam talian oleh pengguna selain kementerian.

Selain itu, PUSPAKOM turut diminta untuk meningkatkan tahap kompetensi kakitangan dengan penyediaan sistem latihan pembangunan sumber manusia yang lebih berkesan dan relevan dengan keperluan semasa, menambah baik proses penempahan dan aduan pelanggan serta memasang sistem CCTV di semua pusat pemeriksaan bagi tujuan kawalan dan pemantauan masa sebenar.

PUSPAKOM juga perlu menambah baik skop pemeriksaan kenderaan seperti pemeriksaan dalaman, pemeriksaan ‘under body‘ dan pemeriksaan motosikal bagi meningkatkan tahap keselamatan teknikal dan ‘road-worthiness‘ kenderaan di atas jalan terutamanya membabitkan kenderaan pengangkutan awam dan barangan.

Beliau berkata, JPJ juga akan turut menambah baik aspek pemantauan, pengawalseliaan dan auditan ke atas semua pusat dan aktiviti pemeriksaan PUSPAKOM di sepanjang tempoh perjanjian konsesi berkuat kuasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Anthony Loke Siew Fook

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply