ARTIKEL TERKINI

KOMEN TERKINI

ARKIB

KATEGORI

Video

Tags

Berita Automotif

Seorang pelajar sekolah menengah maut dirempuh bas persiaran di Bayan Lepas

Berita Tempatan

Views

Semalam kami ada meyiarkan beberapa foto kes kemalangan maut yang berlaku di persimpangan empat lampu isyarat Setia Triangle Bayan Lepas, Pulau Pinang petang semalam. Astro Awani melaporkan, penunggang motosikal yang maut dalam nahas itu merupakan seorang pelajar sebuah sekolah menengah di Sungai Ara, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan A. A Anbalagan yang mengesahkan perkara itu berkata mangsa dikenali sebagai Muhammad Saifullah Muhammad Hafiz, 16, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah. Katanya, mangsa yang bekerja sambilan di sebuah restoran makanan segera sedang dalam perjalanan menghantar makanan kepada pelanggan sebelum dirempuh bas persiaran terbabit.

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

Dalam kejadian jam 6.30 petang semalam, sebuah bas yang datang dari arah Persiaran Kelicap hilang kawalan lalu merempuh empat kenderaan termasuk motosikal dinaiki pelajar tersebut. Kejadian tersebut turut menyebabkan dua beranak yang menaiki kereta mengalami kecederaan dan sedang dirawat di hospital.

Tambah Anbalagan lagi, siasatan awal mendapati bas yang kemudiannya merempuh tembok batu pagar sebuah rumah sehingga roboh itu mengalami masalah brek. Ujian saringan air kencing telah dijalankan ke atas pemandu bas berusia 49 tahun itu dan dia akan dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan perintah tahanan reman hari ini. Mayat mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk dibedah siasat.

Salam takziah kami ucapkan kepada ahli keluarga mangsa.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply