ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sesi bertemu peminat bersama pelumba pasukan Ducati MotoGP meriah

Berita Tempatan

Views
#MotoGP Sepang: Kami terserempak dengan Dovi Dan Petrucci, depa pesan poster untuk fans F-TV

Sempena meraikan perlumbaaan Shell Motorcycle Grand Prix yang bakal ‘menghangatkan’ di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hujung minggu ini, semalam Shell Malaysia mengadakan sesi bertemu peminat Ducati dan MotoGP bersama pelumba pasukan Ducati MotoGP, Andrea Dovizioso dan Danilo Petrucci, di stesen Shell KLIA.

Dovizioso nama yang tidak asing lagi dalam saingan MotoGP dan 2019 merupakan tahun ke-12nya dalam perlumbaan tersebut. Musim lalu beliau menjadi naib juara kategori MotoGP untuk tahun kedua berturut-turut, dengan empat kemenangan dan sembilan podium secara keseluruhan.

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

Rakan sepasukannya, Petrucci kini menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan sepanjang empat tahun bersama pasukan Pramac Racing Team yang disokong oleh pengeluar, sekaligus menjadikan beliau pelumba pasukan Ducati tahun ini.

Stesen Shell KLIA dipilih sebagai lokasi tahun ini dan pengunjung yang menyertai sesi tersebut begitu teruja untuk bertemu pelumba Ducati, selain menerima autograf serta berswafoto bersama kegemaran mereka. Pengerusi Shell Malaysia Datuk Iain Lo berkata, mereka sangat gembira melihat hasil positif dari sesi ini dan akan terus bekerjasama dengan Ducati untuk memberikan penawaran menarik seperti ini bagi meningkatkan pengalaman sukan permotoran buat semua peminat.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

Dalam acara yang sama juga, Andrea Dovizioso bersama-sama Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain telah menyampaikan anugerah kepada 10 orang mekanik motosikal yang mewakili negara ke Pertandingan Shell Advance Global Masterclass 2019. Pengurus Besar Pemasaran Shell Lubricants, May Tan berkata, mereka berharap program Shell Advance Masterclass ini dapat membantu mekanik tempatan mendapat pengiktirafan untuk kemahiran teknikal mereka dan mengatasi cabaran untuk membina kerjaya yang cemerlang.

Ketua Pemasaran Next Bike Sdn Bhd, Ducati Malaysia, David Lim pula berkata, mereka telah menyokong secara aktif inisiatif Shell Malaysia selama bertahun-tahun. Mereka bakal memulakan program menarik baharu bagi tahun 2020 bersama Shell untuk lebih mendekatkan diri dengan Ducati dan juga komuniti penunggang motosikal di Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply