ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP : Adakah ini Mitsubishi Mirage facelift?

Foto Intipan

Views

Dalam diam-diam Mitsubishi membuat perubahan kosmetik pada model hatchback kompak, Mirage yang berjaya dirakam tanpa sebarang pelekat penyamaran ketika sedang menjalani penggambaran iklan di Thailand. Sebenarnya kami tidak menyangka Mitsubishi masih lagi meneruskan hayat Mirage ini kerana jualannya tidaklah serancak seperti generasi sebelumnya.

Jika diperhatikan kepada foto-foto yang berjaya dirakam, Mirage facelift tampil dengan wajah baharu yag menampilkan rekaan jeriji ‘Dynamic Shield’ yang kini digunakan pada model-model baharu Mitsubishi. Walaupun resolusi foto agak kurang memuaskan, kita masih dapan melihat rekaan hadapan yang lebih segar dengan reka bentuk lampu serba baharu yang lebih tajam.

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

Boleh dikatakan hampir keseluruhan reka bentuknya dikekalkan namun perubahan kosmetik yang dibuat telah berjaya memberi nafas baharu pada Mirage facelift. Ia tidaklah terlalu menyerlah seperti model Mitsubishi yang lain, tetapi ia sudah cukup membuatkannya masih relevan di pasaran dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi sebelum model serba baharu mengambil alih tempatnya nanti.

Menurut portal permotoran dari Thailand, Headlightmag, Mitsubishi merancang untuk memperkenalkan model facelift Mirage bersama-sama versi sedannya Attrage yang juga berkongsi wajah baharu yang sama di Motor Expo 2019 bulan depan. Kedua-dua model ini akan masuk dalam kategori Kereta Eco Thailand Fasa 2 dan bakal dijana oleh enjin 1.2 liter tiga-silinder yang digandingkan dengan pilihan transmisi lima-kelajuan manual atau CVT.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

Peraturan Fasa 2 Kereta Eco Thailand adalah lebih ketat dan memerlukan pemasangan lebih banyak sistem keselamatan, dan perlu memiliki ciri-ciri seperti berikut:

  • Pelepasan CO2 tidak boleh melebihi 100g/km.
  • Standard Emisi EURO 5.
  • Memastikan penggunaan bahan api tidak kurang dari 23.25 km/l.
  • Semua sub-model perlu dilengkapi dengan sistem Brek Anti Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD),
  • Bantuan Brek (BA) dan Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA) sebagai ciri standard.

Kami tidak pasti sama ada pasaran di Malaysia akan mendapat model Mirage dan Attrage facelift. Jika ada ia mungkin akan tiba di sini pada hujung tahun 2020 dan apa yang kami tahu Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akan memperkenalkan model MPV, Xpander pemasangan tempatan (CKD) tahun depan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply