ARKIB

KATEGORI

Buletin

Setel Lite diperkenalkan, untuk peranti Android 4.4 atau EMUI 3 dan ke atas

Berita Tempatan

Views

Setel baru-baru ini telah memperkenalkan versi ringan dikenali sebagai Setel Lite yang mempunyai saiz muat turun yang kecil.

Setel Lite boleh digunakan pada peranti Android yang dilengkapi dengan Android 4.4 atau EMUI 3 ke atas dan mampu berfungsi dengan sambungan internet yang perlahan seperti EDGE, 2G dan 3G.

Pengguna Setel Lite juga masih boleh menggunakan Dompet Setel untuk membayar petrol dari kenderaan mereka, memperoleh sehingga 3x mata ganjaran Mesra serta menyemak mata ganjaran Mesra seperti di aplikasi Setel versi penuh.

Pengguna juga boleh menambah nilai Dompet Setel menggunakan wang tunai melalui e-baucar yang boleh dibeli di stesen Petronas seluruh negara dan perbankan dalam talian.

Selain itu, pengguna Dompet Keluarga yang membayar petrol untuk ahli keluarga, boleh menggalakkan mereka menggunakan Setel Lite.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Setel, Mazlin Erawati Ab Manan, pihaknya berharap Setel Lite dapat mengurangkan kebimbangan dalam penggunaan aplikasi untuk mengisi petrol disebabkan oleh ciri-ciri yang canggih, terutamanya dalam kalangan warga emas.

Setel Lite direka dengan fungsi utamanya dikekalkan iaitu pengisian petrol, pengumpulan dan penyemakan mata ganjaran Mesra serta mengekalkan ciri pembayaran Dompet Keluarga.

Berikut adalah tawaran nilai utama yang terdapat pada Setel Lite:

Saiz muat turun yang kecil: Aplikasi ini tidak mengambil ruang storan telefon yang banyak. Serasi dengan semua peranti Android, termasuk sistem pengendalian yang terdahulu seperti Android 4.4 atau EMUI 3 dan ke atas.

Mesra data mudah alih: Aplikasi ini berfungsi dengan lancar meskipun pada sambungan internet mudah alih yang asas atau lebih perlahan (berfungsi walaupun dengan EDGE, 2G atau 3G).

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Mudah digunakan oleh semua, termasuklah warga emas: Ciri ringkas dan butang aplikasi yang lebih besar supaya golongan ibu bapa (atau datuk dan nenek) boleh menggunakannya dengan mudah.

Kumpul 3x mata ganjaran Mesra: Dapatkan sehingga 3x mata ganjaran Mesra untuk setiap pembelian petrol. Semak jumlah mata ganjaran melalui aplikasi pada bila-bila masa.

Selamat digunakan di stesen petrol: Diuji dan dipantau mengikut garis panduan Kesihatan, Keselamatan & Alam Sekitar (HSE) Petronas.

Setel Lite boleh digunakan di semua stesen Petronas di seluruh negara. Pengisian petrol adalah ciri pertama yang diperkenalkan dalam versi ringan aplikasi Setel ini dan lebih banyak lagi ciri akan dilancarkan secara berperingkat kelak.

Muat turun aplikasi Setel Lite dengan percuma melalui Google Play Store. Pengguna juga boleh memuat turun aplikasi Setel Lite dari Huawei AppGallery tidak lama lagi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply