ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

Perodua Kembara versi Theophilus Chin – Adakah ini gambaran yang hampir tepat dengan model D55L?

Gambaran Artis

Views

Sebenarnya, ini adalah cubaan kali ketiga ‘sifu’ manipulasi foto Theophilus Chin membuat gambaran model SUV kompak terbaharu Perodua D55L. Dengan menggunakan kepakarannya Theo melakukan beberapa rombakan pada reka bentuk hadapan dan belakang kembar model ini, iaitu Daihatsu Rocky dan Toyota Raize.

Menurut pandangannya, Perodua akan mengekalkan sebahagian besar reka bentuk asal model tersebut dan hanya melakukan perubahan yang boleh dikatakan agak minima. Namun ia sudah memadai untuk menyuntik DNA reka bentuk Perodua yang kini membawa gaya rekaan bertemakan “X“.

JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an

Theo masih mengekalkan bentuk lampu depan dan belakang kerana beranggapan Perodua tidak akan membazirkan modal yang begitu besar untuk model ini memandangkan ia bukanlah model teras. Cukup sekadar perubahan pada rekaan jeriji dan bampar depan yang ada sedikit unsur rekaan Aruz.

Di bahagian belakang, perubahan hanya dibuat pada bahagian bampar yang kelihatan lebih kemas dan ringkas. Menurut maklumat yang kami terima sebelum ini, Perodua dijangka akan menawarkan tiga varian untuk D55L yang terdiri dari varian G (asas), X (pertengahan) dan AV (premium).

Ada kemungkinan Perodua akan turut menawarkan aksesori pilihan GearUp yang merangkumi kit badan dan juga beberapa aksesori lain untuk mempertingkatkan model tersebut. Ejen perisik kami Mat Bond,dalam artikel terdahulu mengatakan pengeluaran massa D55L akan bermula sekitar awal bulan Februari 2021.

JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

Ini kerana pembekal akan mula menghantar komponen kepada kilang Perodua pada penghujung bulan Januari. Lazimnya, pelancaran sesuatu model akan dibuat kira-kira sebulan selepas pengeluaran massa dan jangkaan kami D55L akan diperkenalkan secara rasmi sekitar pertengahan atau penghujung Mac 2021.

Buat masa ini perancangan mungkin tidak berubah memandangkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) membenarkan aktiviti automotif (kenderaan dan komponen) beroperasi di negeri-negeri yang dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Nama sebenar model D55L juga masih lagi misteri, namun Theo sengaja menamakan hasil karya terbaharunya sebagai Kembara bagi mengimbau kembali zaman kegemilangan model SUV pertama Perodua itu. Kami akan cuba mendapatkan info terkini mengenai D55L dari semasa ke semasa. Teruskan kesetiaan anda bersama kami!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!
JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?
JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply