ARKIB

KATEGORI

Buletin

Shell Malaysia sumbang barang keperluan kepada petugas barisan hadapan

Berita Tempatan

Views

Shell Malaysia menunjukkan sokongan mereka kepada para petugas barisan hadapan negara yang sedang berjuang menentang COVID-19 dengan menyumbang barangan keperluan seperti pensanitasi tangan, air mineral, makanan dan minuman ke Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur, dan Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.

Selain itu, mereka turut menyumbang barangan keperluan kepada komuniti setempat dan petugas barisan hadapan menerusi stesen Shell yang terletak di seluruh pelusuk negara. Antara inisiatif tersebut termasuklah membekalkan elektrik bagi kegunaan lampu dan kipas untuk khemah sementara selain menyumbangkan makanan dan minuman kepada pihak berkuasa tempatan.

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Menurut Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain, pihaknya komited kepada kesejahteraan komuniti dan ingin melakukan segala yang termampu untuk membantu petugas barisan hadapan dalam memerangi pandemik global ini.

Tambah beliau, Shell turut mempunyai petugas barisan hadapannya sendiri yang setiap hari menjaga kehendak pelanggan serta memastikan wira negara dapat bekerja dan melakukan apa yang perlu demi keselamatan setiap warga Malaysia.

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung

Shell dan BonusLink turut berganding bahu untuk melancarkan inisiatif yang membolehkan para pelanggan untuk menyumbang dan menunjukkan tanda penghargaan mereka kepada petugas barisan hadapan. Bermula dari 2 hingga 7 April 2020, ahli BonusLink boleh menyumbang minima 100 mata ganjaran yang bersamaan RM1 yang akan disalurkan terus kepada Tabung COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sumbangan boleh dibuat di www.bonuslink.com.my atau menerusi aplikasi BonusLink dari Google Play dan Appstore. Semua sumbangan kepada Tabung COVID-19 akan digunakan untuk membantu KKM untuk membeli perlatan perubatan, PPE dan keperluan perubatan lain.

Shell dalam masa yang sama turut menggesa agar semua rakyat Malaysia kekal selamat dengan berada di rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dan dengan mengamalkan kebersihan diri yang teliti seperti yang dianjurkan oleh KKM.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply