ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

COVID-19: Saingan F1 2020 mungkin berlangsung tanpa penonton

Sukan Permotoran

Views

Berita Harian melaporkan, bos Formula Satu (F1), Ross Brawn berkata saingan perlumbaan musim 2020 dijangka bermula di Eropah dan kemungkinan besar berlangsung tanpa kehadiran penonton selepas ditangguhkan susulan pandemik COVID-19.

Kelmarin, Grand Prix (GP) Kanada menjadi perlumbaan terbaru yang terpaksa ditunda akibat wabak berkenaan sekali gus menyaksikan sembilan perlumbaan awal bagi musim 2020 sudah dibatalkan atau ditangguhkan.

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Brawn, berkata pihaknya sedang berusaha bagi memastikan kempen musim ini dapat diteruskan secepat mungkin sekali gus memberi sedikit hiburan kepada peminat dalam tempoh sukar ini. Jelas Brawn kepada Sky Sports, perjalanan pasukan dan perjalanan untuk semua orang yang terbabit akan menjadi salah satu isu besar.

Beliau berkata, kemungkinan besar Eropah akan menjadi permulaan perlumbaan bagi musim ini. Tambah beliau, pihaknya akan memastikan perlumbaan berlangsung dalam persekitaran tertutup yang mana pasukan tiba menerusi penerbangan disewa khas, dihantar terus ke litar dan memastikan semua orang menjalani ujian saringan serta tidak mendatangkan risiko kepada orang lain.

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung

Katanya, mereka pernah berlumba tanpa kehadiran penonton dan ia bukan sesuatu yang dimahukan tetapi ia lebih baik berbanding tiada perlumbaan langsung kerana ada jutaan peminat yang akan menonton perlumbaan secara langsung di rumah.

Dalam pada itu, Brawn, berkata pihaknya menjangkakan sebanyak 18 hingga 19 perlumbaan boleh berlangsung untuk kalendar musim ini jika ia dapat dimulakan pada bulan Julai. Lapan perlumbaan adalah jumlah minimum untuk menobatkan pemandu sebagai juara dunia menurut perlembagaan FIA.

Ujarnya, musim ini masih boleh dilangsungkan lapan perlumbaan sekiranya ia bermula pada bulan Oktober. Tambahnya lagi, jika perlumbaan boleh bermula pada awal Julai, ada 19 perlumbaan dapat dilangsungkan pada musim ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply