ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sindiket curi kereta ‘Geng Fendy’ tumpas

Berita Tempatan

Views

Polis menumpaskan ‘Geng Fendy‘ yang dipercayai terbabit dalam jenayah curi kenderaan dengan penahanan tiga lelaki dalam tiga serbuan petang semalam. Menurut Berita Harian, suspek terbabit yang berusia 31, 46 dan 54 tahun ditahan dalam serbuan antara jam 3.10 petang dan 6 petang.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad, berkata pada Jumaat, polis menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 29 tahun yang memaklumkan kereta Honda Accord SV4 miliknya yang diletakkan di kawasan parkir sebuah kilang di Batu Berendam, hilang.

Beliau berkata, berdasarkan risikan dan maklumat orang awam, polis mendapati kejadian disyaki dilakukan oleh tiga lelaki Geng Fendy sebelum serbuan dilakukan sepasukan polis dari Cawangan D4, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Ujarnya, tangkapan pertama dibuat ke atas suspek berusia 31 tahun yang juga perancang utama jam 3.10 petang di sebuah rumah di Kampung Duyong dan menjumpai semula kereta yang dilaporkan hilang itu. Susulan itu dua lagi tangkapan dibuat membabitkan suspek berusia 46 serta 54 tahun di Taman Seri Duyong dan Taman Kota Laksamana.

Semakan lanjut mendapati hanya suspek utama mempunyai rekod lampau membabitkan kes dadah dan jenayah termasuk tiga kes mencuri kenderaan. Tambah beliau lagi, suspek kini direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 18 Ogos bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply