ARKIB

KATEGORI

Buletin

Skim piramid, BMW dan Mercedes-Benz antara yang disita KPDNHEP

Berita Tempatan

Views

Sebuah syarikat dikesan menjalankan dan mempromosikan aktiviti skim piramid menerusi aplikasi dalam talian serta penjualan pakej tertentu sejak beberapa tahun lalu.

Menurut Harian Metro, bagaimanapun kegiatan itu terbongkar dalam satu operasi bersepadu di pusat perdagangan di Jelutong, Pulau Pinang pada 19 Oktober lalu.

Operasi itu membabitkan Pasukan Tindakan Khas, Bahagian Penguat Kuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Bank Negara Malaysia (BNM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Cyber Security Malaysia (CSM).

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP Azman Adam berkata, pasukan serbuan turut menyerbu empat premis kediaman yang didiami suspek di sekitar Pulau Pinang dan Kedah.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Katanya, operasi bersepadu itu dijalankan hasil daripada maklumat aduan awam dan risikan dilakukan pelbagai agensi penguatkuasaan.

Seramai tujuh individu terdiri daripada empat lelaki tempatan, dua wanita tempatan dan seorang lelaki warga Taiwan ditahan dalam operasi itu.

Hasil pemeriksaan, pihaknya menyita pelbagai dokumen, komputer riba dan telefon bimbit yang berkaitan bagi membantu siasatan.

Selain itu, sembilan kenderaan mewah iaitu model BMW, Toyota, Maserati, Porsche dan Mercedes-Benz serta pelbagai beg tangan mewah milik suspek turut disita.

Azman berkata, sebanyak 38 akaun di tujuh bank dibekukan serta wang tunai disita dengan nilai keseluruhan berjumlah RM967,720.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Siasatan awal dilakukan mendapati, syarikat itu disyaki menjalankan dan mempromosikan aktiviti skim piramid kepada orang awam menerusi aplikasi dalam talian dan penjualan pakej tertentu sejak beberapa tahun lalu.

Syarikat itu juga disyaki turut aktif melakukan aktiviti itu di beberapa negeri termasuk Pulau Pinang, Kedah, Terengganu, Sarawak. Selain itu, syarikat ini juga dikesan menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan lain.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut subsyeksen 4 (1) Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid (AJLSAP 1993) serta Seksyen 27B akta sama.

Kes itu juga akan disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Tambah beliau, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan skim-skim seperti ini bagi mengelakkan kerugian.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply