ARKIB

KATEGORI

Tular

Video kanak-kanak tunggang Honda EX5 tular – Polis ambil tindakan terhadap waris

Tular

Views

Menerusi satu kenyataan media petang tadi, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kubang Pasu memaklumkan yang pihaknya telah menjalankan satu siasatan awal berkaitan satu video berdurasi selama 19 saat yang tular di laman sosial Facebook dan Whatsapp. Video tersebut memaparkan gelagat seorang kanak-kanak lelaki yang sedang menunggang sebuah motosikal jenis Honda EX5 berwarna hitam yang nombor pendaftarannya agak kabur.

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

Video itu memaparkan kanak-kanak tersebut berada di satu simpang tiga dan telah menunggang motosikal keluar dari simpang sehingga video tersebut tamat. Siasatan lanjut telah dijalankan dan mendapati kejadian tersebut berlaku pada hari Ahad (08/11/2020) kira-kira jam 6.00 petang di Kampung Paya Chegar, Jitra.

JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…

Kanak-kanak tersebut telah di bawa ke IPD Kubang Pasu oleh warisnya dan telah diambil tindakan lanjut di bawah kesalahan lalu lintas iaitu, menunggang di bawah umur, cukai jalan tamat tempoh dan tidak dilindungi perlindungan insuran dan serta tidak memakai topi keledar.

Waris kanak-kanak itu juga telah diambil tindakan di bawah Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana membenarkan pemandu bawah umur, memandu suatu kenderaan bermotor. Dalam masa yang sama, PDRM Kubang Pasu turut menasihatkan agar ibu bapa lebih memberikan perhatian kepada kanak-kanak terutama dalam aspek keselamatan lalu lintas agar kejadian yang tidak dingini dapat dielakkan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply