ARKIB

KATEGORI

Info

SPEKULASI : Proton Persona MC2 – Ini mungkin yang ditambah baik

Info Mat Bond

Views

Agak lama juga kita tidak mendapat khabar berita dari perisik prolifik kami, Mat Bond. Difahamkan Mat Bond kini sedang dalam satu ‘misi terahsia’ untuk merungkai konspirasi Illuminati (takde la, main-main jer). Baru-baru ini Mat Bond telah mendapat beberapa petunjuk baharu mengenai model yang dipertingkatkan, Proton Persona MC2.

JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!

Model yang dijangka memasuki pasaran tahun depan itu akan menampilkan beberapa pembaharuan dan peningkatan berbanding model sedia ada. Dari luar, ia bakal menampilkan rekaan bampar depan baharu dan lampu hadapannya pula mungkin menggunakan jenis LED (dikatakan hanya untuk varian Premium sahaja).

Selain itu Proton akan membuat penambahbaikan di bahagian kabin dan berkemungkinan kotak gearnya juga akan ditukar kepada 4-kelajuan automatik bagi menggantikan unit CVT sedia ada. Menurut Mat Bond, tombol dan paparan pada pendingin hawa bakal menggunakan jenis digital sepenuhnya.

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang kami tahu setakat ini

Ada kemungkinan berlaku perubahan pada papan pemukanya setelah pasukan teknikal Proton akhirnya berjaya mengenal pasti punca masalah yang menyebabkan gegaran pada bahagian tersebut pada ketika ini. Bahan penebat bunyi juga turut ditambah bagi menapis kemasukan bunyi ke dalam ruang kabin.

Persona MC2 itu nanti akan menggunakan rim aloi bersaiz 16 inci dengan tayar berprofil 185/55. Sebelum ini telah beberapa kali pembaca kami berjaya merakam kelibat Persona MC2 dengan ‘pelitup muka’ sedang menjalani ujian jalan raya di beberapa lokasi di Semenanjung Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?
JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply