ARKIB

KATEGORI

Spekulasi

SPEKULASI: Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) mungkin ada empat varian, enjin NA 1.5 liter + CVT

Info

Views

Ejen perisik Mat Bond kembali dengan membawakan maklumat terbaharu berkenaan dengan model Saga MC3 yang kini sedang dibangunkan di pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Teluk HangzhouChina dan juga di Malaysia.

Katanya, kod projek (namakod) dalaman untuk Saga MC3 adalah (P2-14A atau AMA01) dan kini difahamkan unit ujian ‘cura/olok-olok’ (mule) sedang mula diuji dan ‘berselindung’ di sebalik model Saga semasa.

Dikhabarkan Saga MC3 (P2-14A@AMA01) dibangunkan dari pelantar model semasa yang dipertingkatkan dan akan mempunyai dua versi bentuk badan, iaitu sedan dan juga hatchback.

Versi ‘hatchback‘nya hanya akan ditawarkan setahun selepas versi sedan dilancarkan dan ada ura-ura mengatakan ia adalah versi yang diberi sentuhan dengan pengayaan crossover.

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

Desas-desus mengatakan yang model ini mungkin ditawarkan dengan empat pilihan varian, bermula dari varian asas (Standard) hingga mercu (Flagship).

Jika dibandingkan dengan pilihan varian model semasa (Saga MC2), susunan variannya mungkin bermula seperti berikut:

  • Standard
  • Executive
  • Premium
  • Flagship

Menurut sumber, Saga MC3 (P2-14A@AMA01) mungkin akan ditawarkan dengan pilihan rangkaian kuasa enjin pembakaran dalaman (ICE) dan juga versi hibrid (HEV).

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Enjin ICEnya adalah versi yang terkini dari keluarga enjin Geely, berkapasiti 1.5 liter aspirasi alami (NA) yang dipadankan dengan transmisi CVT (penukar daya kilas – torque converter).

Versi hibridnya pula akan ditambah dengan motor elektrik dan dipadankan dengan transmisi e-CVT.

Saga MC3 menampilkan reka bentuk luaran (top hat) serta dalaman serba baharu, dan dijangka bakal menerapkan elemen gaya rekaan terkini Proton seperti jeriji berbentuk busur (Ethereal Bow) dan Infinite Weave dengan kemasan berbentuk butiran motif songket.

Enjin tersebut juga bakal dipasang secara tempatan (CKD) di Tanjung Malim, kelak. Tambah Mat Bond lagi, Saga MC3 dijangka diperkenalkan menjelang akhir tahun 2025.

KLIK UNTUK BESARKAN

Imej janaan Kecerdasan Buatan (AI)

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply