ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Ruang kabin unit ujian RHD Leapmotor C10 berjaya dirakam, kemasan dwitona

Foto Intip

Views

Sekali lagi unit ujian pemanduaan kanan (RHD) model SUV elektrik Leapmotor C10 telah berjaya dikesan semasa ia diparkir berhadapan dengan premis pengedar Peugeot, GE Carriage Sdn Bhd, Kota Damansara.

Unit berwarna Hijau Jed (Jade Green) yang hanya menutup bahagian lambangnya itu berjaya dirakam oleh sahabat kami, Amir Zaheen Minhaj, siang tadi.

Apa yang menarik, kali ini kita berjaya ‘mengintai’ bahagian kabin yang menampilkan kemasan dwitona, kombinasi warna coklat/perang dan hitam.

Kita juga dapat melihat skrin unit inforia bersaiz besar ‘rekaan terapung’ di bahagian tengah papan pemuka serta satu skrin kecil yang menjadi kelompok paparan digital untuk pemandu di bahagian kanan.

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

SUV segmen-D ini merupakan model pertama yang akan ditawarkan oleh pengeluar kereta dari China itu di Malaysia yang merupakan salah satu jenama di bawah kumpulan Stellantis.

Model ini bakal dilancarkan secara rasmi pada suku keempat (Q4) 2024. C10 telah membuat penampilan sulungnya pada Malaysia Autoshow 2024, bulan Mei lalu.

Dari segi dimensi, ia berukuran 4,739 mm panjang, 1,900 mm lebar dan 1,680 mm tinggi, manakala jarak tapak rodanya 2,285 mm.

Ini bermakna, ia akan bersaing dengan beberapa bakal pesaing dalam segmen yang sama, iaitu Proton X90 dan Chery Tiggo 8 Pro.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Dibina menggunakan seni bina LEAP3.0 yang dibangunkan sendiri oleh Leapmotor, C10 menampilkan teknologi elektrik termaju seperti sistem elektronik berpusat, seni bina elektrik, teknologi sel ke chasis (CTC) dan kokpit pintar.

Ia ditawarkan dengan pilihan motor elektrik tunggal pacuan-roda belakang dan juga dwimotor dengan pacuan- semua roda dengan output kuasa dari 228 kuasa kuda dan 335 kuasa kuda.

Pek bateri lithium besi fosfat (LFP)nya juga ditawarkan dengan dua pilihan kapasiti yang berbeza, iaitu 69.9 kWj dan 52.9 kWj.

Dari segi jarak pemanduan, C10 menawarkan jarak sehingga 420 km (WLTP) untuk sekali cas penuh dan turut menerima penarafan keselamatan lima-bintang dari E-NCAP.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Amir Zaheen Minhaj

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply