ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penunggang Honda EX5 suspek larikan lori roti Gardenia

Berita Tempatan

Views

Seorang pemandu lori cemas dan buntu setelah mendapati lori milik syarikatnya hilang selepas ditinggalkan sebentar di bahu jalan berhadapan sebuah stesen minyak Taman Puchong Utama, di Puchong, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4.20 petang itu, pemandu berusia 34 tahun itu telah meninggalkan lori berkenaan dalam keadaan enjin hidup dan pintu berkunci.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wat Mamat berkata, pengadu memasuki stesen minyak untuk melakukan transaksi pengeluaran wang di mesin juruwang automatik (ATM).

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Menurut laporan, pengadu telah kembali ke tempat lori diletakkan 10 minit kemudian sebelum mendapati lori tersebut hilang.

Hasil penelitian rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian, pihaknya mendapati seorang suspek berpakaian baju sejuk dan seluar panjang berwarna hitam serta memakai topi keledar warna kelabu telah melarikan lori tersebut pada pukul 4.24 petang.

Tambah beliau, suspek telah meninggalkan sebuah motosikal jenis Honda EX5 yang dilaporkan hilang di kawasan Serdang.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Jelasnya lagi, kerugian bernilai lebih kurang RM40,000 dianggarkan ekoran kes kecurian berkenaan. Kes diklasifikasikan sebagai curi kenderaan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan (Akta 574).

Pihak polis menasihati orang ramai supaya tidak meninggalkan kenderaan dalam keadaan enjin masih hidup untuk mengelakkan kejadian sebegini berlaku.

Sila hubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di 03-78627100 atau Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Mejar Mohd Jefri Mohamad di talian 012-9854484 sekiranya maklumat berkaitan kejadian. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply