Dalam sidang media harian Majlis Keselamatan Negara (MKN) oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini, memaklumkan pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan di negeri berlainan boleh memohon kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk rentas negeri bermula hari ini.
JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar
Menurut Harian Metro, kebenaran itu bagaimanapun tertakluk untuk sekali dalam tempoh seminggu sahaja. Jelas Ismail Sabri, sebelum ini ada pasangan yang tinggal berlainan negeri dan berjumpa hanya pada hujung minggu, tidak dapat pulang ke rumah disebabkan larangan merentas negeri.
JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu
Katanya lagi, sebelum ini Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberi kebenaran untuk suami atau isteri merentas negeri dan bertemu dengan keluarga masing-masing. Beliau turut mengingatkan pihak berkenaan masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang memerlukan mereka memaklumkan pergerakan.
Kata beliau, pasangan berkenaan boleh ke balai polis berhampiran untuk memaklumkan pergerakan. Pada 10 April lalu, Muhyiddin dalam perutusan khas yang disiarkan di seluruh negara mengumumkan kebenaran merentas negeri bagi suami isteri yang tinggal berjauhan.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya
KOMEN TERKINI