ARKIB

KATEGORI

Buletin

Subsidi petrol RON95 bersasar bakal dilaksana, guna data JPJ untuk kenal pasti kuasa kuda (cc) kereta

Berita Tempatan

Views

Pangkalan data daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dikenal pasti sebagai salah satu elemen dalam pemberian subsidi petrol RON95 secara bersasar.

Sinar Harian melaporkan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, perkara tersebut merupakan hasil mesyuarat yang diperincikan antara kementeriannya bersama Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Ekonomi, semalam (Jumaat).

Jelasnya, pangkalan data JPJ akan digunakan untuk subsidi petrol RON95 kerana kerajaan boleh mengenal pasti kuasa kuda (cc) kereta.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Katanya, dari segi data (mekanisme subsidi bersasar) sudah hampir lengkap untuk dikemukakan semula kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebenarnya kertas kerja mengenai mekanisme subsidi bersasar sudah dibentang ketika Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) yang dipengerusikan Perdana Menteri, 13 Disember lalu, namun beberapa perincian masih diteliti malah KPDN juga perlukan masa untuk laksanakannya.

Beliau berkata pada sidang akhbar selepas meninjau aduan lif rosak di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Melana Indah pada Sabtu.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, mekanisme atau kaedah khas pemberian subsidi tersebut akan diteliti terlebih dahulu termasuk penggunaan dokumen peribadi iaitu kad pengenalan.

“Mekanisme itu kita akan bincang kemudian. Sekarang zaman digital, macam-macam kaedah moden kita boleh gunakan tetapi perlulah berkesan.

“Sekiranya ditanya pada KPDN bila pelaksanaan mekanisme subsidi bersasar ini dapat dilaksanakan, ia sebenarnya terpulang kepada kabinet bagi membuat keputusan tarikh sebenar pelaksanaannya,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, KPDN sebagai sekretariat NACCOL yang turut dianggotai 11 kementerian sudah bersiap sedia dengan kertas cadangan yang ada untuk dinilai semula kabinet.

“Kertas cadangan pelaksanaan subsidi bersasar sudah hampir siap sepenuhnya malah sebelum ini sudah dibentang. Kita hanya tunggu keputusan Kabinet,” katanya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply