ARKIB

KATEGORI

Tular

Video gaduh di Taman Klebang Jaya tular, polis minta perakam tampil bantu siasatan

Tular

Views

Polis meminta individu yang merakam video tular pergaduhan dua lelaki menggunakan topi keledar di Taman Klebang Jaya, Chemor dekat Ipoh, supaya tampil bagi membantu siasatan.

Menurut UTUSAN, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, mereka yang menyaksikan kejadian itu juga diminta tampil menyalurkan maklumat kepada polis.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Katanya, kejadian itu dikatakan berlaku di Laluan Klebang Jaya 13, namun tarikh dan masa insiden itu berlaku masih belum dipastikan.

Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat bagi membolehkan siasatan di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dijalankan.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Tambah beliau, sebarang maklumat lanjut boleh disalurkan kepada Asisten Superintenden Norshaharah Marzuki di talian 010-3790508.

Pada masa sama, masyarakat umum dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai video itu sehingga menjejaskan siasatan polis.

Terdahulu, video berdurasi 20 saat itu tular selepas dimuatnaik di laman sosial FacebookInforoadblock‘ dengan memaparkan pergaduan dua lelaki menggunakan topi keledar di persimpangan jalan raya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply