ARKIB

KATEGORI

Tular

Sultan Johor kurnia enjin bot baharu kepada lima orang nelayan

Tular

Views

Selepas mengurniakan 10 buah kereta Perodua Myvi kepada 10 jururawat yang bertugas di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, hari ini DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan untuk mengurniakan enjin bot baharu kepada lima orang nelayan dari Kampung Teluk Berhala, Pulau Aur, Mersing.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Pengurniaan itu adalah susulan permintaan mereka yang telah diutarakan ketika lawatan spontan Baginda Tuanku Sultan ke Pulau Aur pada 28 Oktober lalu. Majlis Penyampaian enjin tersebut telah disempurnakan di perkarangan Istana Flintstones, Mersing dan turut dihadiri Pegawai Daerah Mersing, Asman Shah Abd Rahman.

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi

Kenyataan ringkas bersama beberapa foto majlis tersebut telah diuat naik ke laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini. Ternyata nelayan-nelayan yang bertuah itu amat terharu dan salah seorang daripada mereka, Hazran Harun berkata mereka semua menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Tuanku Sultan atas kurniaan enjin ini dan berdoa agar Tuanku dilimpahi kesihatan, rezeki dan dipanjangkan umur.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply