ARTIKEL TERKINI

KOMEN TERKINI

ARKIB

KATEGORI

Video

Tags

Berita Automotif

10 jururawat Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah terima Myvi kurniaan Sultan Johor

Berita Tempatan

Views

Tuah ayam nampak di kaki, tuah jururawat dapat Myvi. Menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan 10 kereta Perodua Myvi kepada 10 jururawat yang bertugas di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru bagi menzahirkan penghargaan di atas sumbangan serta khidmat mereka kepada Baginda dan juga Keluarga Diraja Johor.

JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

Penyelia Jururawat, Matron Rokiah Samin yang bertugas di Wad Diraja HSA sejak tahun 2006, melahirkan perasaan syukur di atas kurniaan berkenaan. Rokiah yang mewakili para  jururawat tersebut menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Baginda Tuanku Sultan di atas kurniaan ini. Tambahnya, ia merupakan kurniaan yang amat besar kepada mereka dan pada masa yang sama turut mendoakan kesejahteraan dan kesihatan buat DYMM Sultan Johor serta Keluarga Diraja Johor.

JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV

Kenderaan berkenaan disampaikan kepada mereka dalam satu majlis di Kasawari Motors Sdn. Bhd di Larkin, Johor Bahru oleh Pengarah Kasawari Motors, Muhammad Fahmi Bin Datuk Seri Paduka Dr. Hassan. Turut berkongsi perasaan syukur, Nuraini Aziz, 28, yang hadir sendiri untuk menerima kenderaan berkenaan walaupun masih dalam tempoh pantang selepas melahirkan anak pada tiga hari yang lalu.

Kata Nuraini, dia bersyukur kerana dapat hadir kerana ini merupakan satu kenangan yang sangat istimewa. Tambahnya, mereka akan terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada DYMM Sultan Johor dan Keluarga Diraja Johor.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti
JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok
JOM BACA >> Proton tayang imej rasmi pertama X50
JOM BACA >> KJ lihat dan uji prototaip MYKAR, EV pertama buatan Malaysia

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply