ARKIB

KATEGORI

Rencana

Siasat ‘sejarah silam’ kereta terpakai dari Jepun, UK dan AS dengan OTOFACTS – Rekod kenderaan Malaysia pun ada!

Rencana

Views

Acap kali kita dengar kisah pembeli kereta terpakai (recond) import mahupun tempatan tertipu dengan si penjual durjana yang menjual kereta yang telah dipusing odometer dan sebelum ini pernah dilaporkan ada menampal lampu simbol indikator tertentu dengan pelekat hitam.

Itu belum lagi yang lebih dahsyat, seperti menjual kereta yang pernah mengalami kemalangan teruk (total loss), namun statusnya diisytiharkan sebagai ‘kereta bebas kemalangan’. Sekiranya anda bimbang ditipu oleh kapitalis ‘lintah darat’ ini, OTOFACTS boleh membantu anda menyemak dan menyiasat terlebih dahulu rekod kenderaan yang bakal dibeli.

Apa itu OTOFACTS?

OTOFACTS adalah biro automotif dalam talian yang pertama di Malaysia selain syarikat data dan informasi yang mempunyai pangkalan data rekod automotif terbesar di negara ini. Misi mereka adalah untuk untuk membanteras penipuan dan memperbaiki ketelusan dalam urusan jual beli kenderaan terpakai.

Mereka menawarkan laporan dengan ‘harga yang berbaloi’ dan ia sudah pastinya membantu untuk merungkai ‘segala kisah silam’ kenderaan yang ingin dibeli. Informasi yang diberikan datang dari pelbagai sumber, antaranya rumah lelongan, syarikat insurans dan beberapa agensi kerajaan.

Yang menariknya, mereka bukan sahaja membekalkan laporan ini untuk pelanggan di Malaysia, bahkan data mereka turut ditawarkan kepada pelanggan di beberapa negara Asia Tenggara lain, antaranya Singapura, Kemboja dan Filipina yang mahu mengimport kenderaan dari Amerika Syarikat.

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

Apa maklumat laporan yang boleh diperolehi dari OTOFACTS?

OTOFACTS membekalkan laporan beserta sejarah kenderaan dari negara-negara seperti Jepun, United Kingdom (UK),  Amerika Syarikat (AS) dan termasuklah Malaysia. Maklumat yang boleh diperolehi antaranya kerosakan akibat kemalangan, kebakaran atau banjir, bacaan odometer, panggil balik (recall), penyelenggaraan, kecurian, penarafan emisi, spesifikasi dan keselamatan kenderaan, rekod lelongan, pendaftaran dan lain-lain.

Pendek kata, macam-macam ada!

Berapa lama tempoh untuk mendapatkan laporan?

Semasa anda menempah laporan kenderaan, sistem OTOFACTS terus mengakses beberapa pangkalan data untuk mengumpul laporan. Lazimnya ia mengambil masa tak sampai 30 saat! Untuk Jepun pula, laporan lelongan akan diterima terus manakala laporan sejarah kenderaan akan mengambil masa dalam beberapa jam sahaja. Anda akan dimaklumkan menerusi e-mel setelah laporan tersebut tersedia. Laporan ini boleh dilihat secara dalam talian menerusi laman sesawang OTOFACTS dalam tempoh 30 hari selepas pembelian.

Jenis laporan yang dibekalkan :

Laporan dari Malaysia

Menerusi nombor pengenalan kenderaan (VIN), anda boleh mendapatkan data kenderaan terpakai di Malaysia yang terdiri daripada maklumat kereta, motosikal dan lori dan nombor pendaftaran kenderaan berkenaan untuk maklumat insurans.

Segala maklumat anda boleh perolehi seperti status insurans semasa, jenis perlindungan, tempoh polisi, nombor polisi dan sejarah kereta itu sama ada pernah terlibat dalam kemalangan hatta kecurian sekalipun. Untuk butiran maklumat dari Malaysia ketik pautan ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?

Laporan dari Jepun

Maklumat kenderaan import terpakai dari Jepun adalah lebih komprehensif dan mesra pengguna. Laporan tersebut akan memaparkan maklumat seperti sejarah kenderaan, spesifikasi dan keselamatan. Selain itu, ia turut memperincikan sekiranya kenderaan tersebut pernah terlibat dalam kemalangan, dibaik pulih, kenderaan tersebut pernah terdedah kepada risiko pencemaran radioaktif ataupun tidak, dipanggil balik (recall) mahupun dilelong beserta dengan helaian lelongan dan juga gambar.

Tidak seperti laporan lelongan di tempat lain, anda akan mendapat KESEMUA helaian lelongan sekiranya kereta itu telah dilelong beberapa kali untuk laporan sejarah kenderaan di Jepun. Anda boleh ketik pautan ini untuk melihat butiran laporannya.

KLIK UNTUK BESARKAN

Laporan dari UK

Anda boleh mendapatkan maklumat mengenai perincian teknikal kenderaan, perbatuan, nombor pendaftaran, warna, cukai dan MOT serta banyak lagi. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mengetahui berapa kali kenderaan tersebut ‘bertukar tuan’. Anda boleh ketik pautan ini untuk melihat butiran maklumat laporan dari UK.

KLIK UNTUK BESARKAN

Laporan dari AS

Untuk laporan dari negara ‘Uncle Sam’. ia merangkumi beberapa seperti sejarah kenderaan, pemilik kenderaan malah anda boleh menyiasat sama ada kenderaan yang ingin dibeli masih lagi ‘masih lagi elok atau sudah teruk’. Data yang dibekalkan oleh rakan strategik mereka ini turut menjadi sumber rujukan kepada beberapa negara Asia Tenggara lain, khususnya Kemboja. Anda boleh ketik pautan ini untuk melihat butiran maklumat laporan dari AS.

KLIK UNTUK BESARKAN

Harga dan kaedah pembayaran

Usah risau kerana OTOFACTS menawarkan harga yang berpatutan dan berbaloi dengan data yang dibekalkan. Anda boleh membeli laporan tersebut dengan harga serendah RM6.00 sehingga RM135.99 sahaja. Cara pembayaran adalah menerusi kad Debit atau Kredit menerusi Stripe.

Pelanggan di Malaysia juga boleh membuat bayaran menerusi perbankan internet (FPX). Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang OTOFACTS. Semak fakta baru beli kereta! OTOFACTS kan ada.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mer’a’ (Nissan Almera) baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply