ARKIB

KATEGORI

Info

INFO: Proton S50 (SS11) bakal ada empat varian, enjin 1.5T buat permulaan

Info

Views

Mat Bond datang lagi dengan info panas yang terkini! Kali ini ejen perisik tersohor kami itu membawa beberapa informasi menarik mengenai model sedan terbaharu Proton, iaitu S50 (SS11).

Menurut Mat Bond, S50 (SS11) akan ditawarkan dengan empat pilihan varian. Berikut adalah senarai varian Proton S50 (SS11):

  • Executive
  • Premium
  • Flagship
  • Flagship X – mungkin varian Edisi Khas (SE)

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Sebelum ini, Mat Bond mengatakan yang S50 (SS11) akan dijana oleh enjin oleh enjin petrol aspirasi alami (NA) JLC-4G15B 1.5 liter empat-silinder yang menghasilkan 114 kuasa kuda dengan 147 Nm daya kilas.

Namun, menurut maklumat terbaharu yang diperolehinya, varian dengan enjin aspirasi alami (NA) ini hanya akan ditawarkan mulai tahun 2025.

Oleh yang demikian, buat permulaan S50 (SS11) akan dijana oleh enjin tiga-silinder 1.5T (Turbo Port Fuel Injection) yang menghasilkan output 150 PS dan 226 Nm daya kilas yang digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan (7DCT) yang menjana model X50.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Tujuh pilihan warna akan ditawarkan pada model S50 (SS11), dua warna solid manakala selebihnya warna metalik, termasuk warna baharu. Berikut adalah senarai pilihan warna Proton S50 (SS11):

  • Passion Red (Solid)
  • White (Solid)
  • Space Grey (Metalik)
  • Quartz Black (Metalik)
  • Armour Silver (Metalik)
  • Deep Marine Blue (Metalik)
  • Teal Bayon Green (Metalik) – warna baharu

Tambah Mat Bond, fasa pengeluaran massa S50 (SS11) dijangka bermula pada bulan Oktober, manakala pelancarannya mungkin dibuat seawal bulan November tahun ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Theottle via MotaAuto

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply