ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton catat peningkatan jualan pada bulan Mei, lebih banyak model bakal dilancarkan tahun ini

Berita Tempatan

Views

Jualan kenderaan pengeluar kereta nasional Proton, kembali meningkat pada bulan Mei berikutan permulaan yang perlahan pada suku kedua tahun 2023.

Ini disebabkan pasaran automotif Malaysia terjejas akibath cuti perayaan dan ‘cuti cukai’ yang berakhir pada bulan Mac lalu.

Sebanyak 13,268 unit (domestik + eksport) telah dijual pada bulan lalu, dengan peningkatan pertumbuhan jualan sebanyak 40.9 peratus berbanding bulan April dan 35.5 peratus berbanding bulan Mei 2022.

Secara keseluruhan, sebanyak 62,970 unit kenderaan telah pun dijual oleh Proton untuk lima bulan pertama tahun ini. Ia menyaksikan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 38.9 peratus, tertinggi dalam kalangan jenama automotif lain di pasaran Malaysia.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Sementara itu, Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) pula dianggarkan meningkat semula sebanyak 32.2 peratus pada bulan Mei, dengan pegangan pasaran dianggarkan pada 21.5 peratus untuk bulan tersebut dan 20.9 peratus untuk tahun ini.

Bulan Mei turut menyaksikan Proton memasuki pasaran eksport baharu, yang untuk tahun 2023 dan ke-12 secara keseluruhan, iaitu di Mozambique. Dua model dibawa masuk sebagai permulaan, iaitu X70 dan X50.

Mei juga merupakan bulan terbaik untuk jualan eksport setakat ini untuk tahun 2023, dengan 217 unit dihantar kepada pengedar antarabangsa, yang diidominasi oleh Saga.

Selain itu, jualan Proton di Brunei pada Mei juga merupakan bulan jualan terbaik, iaitu sebanyak 50 unit. Ia telah berjaya mengatasi angka 43 unit yang dijual pada bulan April 2021.

Saga masih kekal sebagai model terlaris Proton dengan 5,819 unit terjual pada bulan Mei, sekali gus berada di tempat kedua keseluruhan dalam kategori sedan segmen-A dengan 27,214 unit.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Ini juga merupakan peningkatan yang luar biasa sebanyak 51 peratus berbanding tahun sebelumnya. Tiga model lain turut kekal sebagai peneraju segmen masing-masing, iaitu X50 (2,801 unit), Persona (2,290 unit) dan Exora (440 unit).

Bukan itu sahaja, sebanyak 929 unit X70 telah pun dijual pada bulan Mei, manakala model serba baharu X90 yang telah terjual sebanyak 257 unit berjaya menduduki tempat kedua dalam pasaran SUV segmen-D.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah, berkata peningkatan 40 peratus dalam jualan adalah ganjaran atas segala usaha mereka, namun dengan berbaki tujuh bulan untuk tahun ini pihaknya sedang berusaha untuk mendapatkan lebih lagi.

Permintaan untuk X90 adalah kukuh kerana pelanggan memanfaatkan pakej “early bird” yang menawarkan aksesori, Proton X-Watch, pakej data dengan 4GB percuma selama lima tahun dan faedah insurans yang dipertingkatkan.

Tambah beliau, Proton juga akan melancarkan lebih banyak produk baharu dan memperkenalkan kemas kini kepada model sedia ada serta membuat penampilan pertama dalam pasaran EV menerusi Proton New Energy Technology Sdn. Bhd. (PRO-NET), dalam tahun ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply