ARKIB

KATEGORI

Buletin

Suzuki dan Toyota bangunkan model EV kompak untuk pasaran India, bakal diperkenalkan menjelang 2025

Berita Global

Views

Suzuki kini sedang giat membangunkan model kenderaan elektrik (EV) penuh serba baharu yang dijangka bakal diperkenalkan menjelang tahun 2025 di India. Pelantar EV khusus baharu yang akan digunapakai pada model itu nanti dibangunkan secara bersama dengan Toyota.

Perincian mengenai model tersebut agak terhad buat masa ini, namun dikatakan pelantar tersebut akan menjadi asas kepada beberapa model kenderaan. Model pertama yang bakal membuat kemunculan sulung pada 2025 itu besar kemungkinan adalah sebuah Kenderaan Utititi Sukan (SUV).

Ini sekali gus meluaskan lagi rangkaian model SUV Suzuki yang sebelum ini turut menggunakan enjin pembakaran dalaman (ICE), hibrid-ringan dan hibrid-penuh. Selain itu, versi Toyota akan turut ditawarkan dengan sedikit perbezaan dari segi penggayaan luaran.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Suzuki baru-baru ini mengumumkan pelaburan $1.37 bilion (RM6.131 bilion) bagi pengeluaran EV di Gujarat, India. Seperti yang dilaporkan oleh Nikkei Asia, Suzuki masih kekal sebagai jenama terlaris dalam segmen kenderaan penumpang.

Walaubagaimanapun, pesaingnya iaitu Tata Motors merupakan peneraju pasaran dalam EV, memandangkan Suzuki masih belum menawarkan kenderaan elektrik bateri lagi.

Ramalan RBSA Advisors mencadangkan bahawa pasaran EV India boleh berkembang kepada lebih daripada $150 bilion (RM671.35 bilion) menjelang 2030, termasuk kereta dan motosikal, dan ini menjadi penyebab mengapa pengeluar kereta berlumba-lumba untuk menyertai persaingan itu.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Sebelum ini kedua-dua jenama memperkenalkan pasangan kembar, Grand Vitara dan Urban Cruiser Hyryder yang dibangunkan dari pelantar Suzuki dan dijana oleh teknologi hibrid-ringan, bersama versi hibrid-penuh dari Toyota.

Toyota sudah mempunyai pelantar eTNGA untuk kenderaan elektrik bateri yang setakat ini menjadi asas kepada model Toyota bZ4x, Subaru Solterra dan Lexus RZ 450e.

Jika merujuk kepada kehendak khusus pasaran India, mungkin platform yang lebih ringkas dan berbeza akan digunakan oleh Suzuki, bagi membolehkan EV keluaran-tempatan itu dijual pada harga yang mampu milik.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply