ARKIB

KATEGORI

Info

Selain X90 (VX11) dan S50 (SS11), mungkin dua lagi model Proton akan dikemaskini (MC) untuk 2023

Info

Views

Selain Perodua, Proton juga rancak menyiapkan model baharu mereka untuk tahun ini. Seperti yang kita sedia maklum dua model yang bakal diperkenalkan nanti adalah crossover MPV, X90 (VX11) dan sedan S50 (SS11).

Namun kami difahamkan ada dua lagi model Proton akan dikemaskini (MC) untuk tahun 2023 dan kedua-duanya adalah model ber’genre‘ SUV.

Pasti anda sudah dapat meneka dengan tepat kerana setakat ini hanya X70 dan X50 sahaja yang merupakan kenderaan jenis SUV dalam barisan model semasa Proton.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Ejen Mat Bond memaklumkan, model X70 bakal beralih ke fasa Minor Change (MC2), manakala X50 pula akan dikemaskini buat kali pertama, iaitu MC1.

Kata Mat Bond, X70 MC2 nanti akan mengalami beberapa perubahan kosmetik, tidak seperti model MC1 yang hanya diberi penambahbaikan tanpa sebarang perubahan visual kecuali penukaran logo.

X70 MC2 akan menampilkan rekaan jeriji dan bampar serba baharu, selain sedikit perubahan di ruangan kabin. Difahamkan X70 MC2 akan mendapat tombol gear baharu dan juga paparan unit infohibur bersaiz lebih besar.

Bagi model X50 MC1 pula, tiada sebarang info yang kami terima setakat ini memandangkan Mat Bond juga masih belum memperoleh maklumat terbaharu.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Mengikut perancangan X70 MC2 akan tiba seawal Jun nanti, manakala X50 MC1 dijangka akan menyusul kemudian.

X70 MC2 masih mengekalkan pilihan enjin 3-silinder 1.5 liter TGDi dan enjin 4-silinder 1.8 liter TGDi (varian 1.8 Premium 2WD sahaja). Kedua-dua pilihan enjin tersebut digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan dwicekam (DCT).

Kami menjangkakan X50 MC1 mungkin mengekalkan enjin dan transmisinya dan hanya melibatkan perubahan kosmetik kecil sahaja.

Apa pun, teruskan kesetiaan anda bersama kami untuk informasi terkini dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan. Kredit Shahrul Zaman Abdul Rahman dan Fahmie Usmar

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply